Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kit ujian sendiri Covid-19 mula dijual di farmasi

Jun 17, 2021 | 05:30 AM



FARMASI-FARMASI mula menjual kit pemeriksaan sendiri antigen Covid-19 sejak semalam, yang menyaksikan penjualan sederhana.



Kebanyakan pembeli kit ujian itu membelinya untuk melindungi keluarga dan orang tersayang.



Antara mereka ialah Cik Luiza Lee, 30 tahun, yang telah membeli satu bungkus kit pemeriksaan sendiri Covid-19 sebagai langkah untuk melindungi beliau, suaminya dan bayinya berusia 15 bulan.



Tinjauan Berita Harian (BH) di farmasi Unity, Watsons dan Guardian di kawasan Bedok mendapati bahawa tidak ramai penduduk yang membelinya.



Seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan (MOH), setiap kit pemeriksaan sendiri Covid-19 itu berharga antara $10 dengan $13 bagi setiap kit.



BH mendapati setiap satu kit ujian Abbott PanBio berharga $13 di Guardian, $12.80 di Unity dan $13.10 di Watsons.



Terdapat pilihan untuk membeli kit-kit tersebut dalam bungkusan yang mengandungi 10 kit atau lebih yang mana harganya lebih murah jika pembeli berbuat demikian.



Harga bungkusan 10 kit Abbot Panbio di Unity misalnya berharga $101 iaitu sekitar $20 lagi murah daripada membelinya satu per satu.



Setiap pelanggan dihadkan membeli 10 kit pada setiap penjualan dan pelanggan perlu merujuk kepada ahli farmasi yang sedang bertugas yang akan membuat penilaian serta memberi penjelasan dan panduan berkait penggunaan kit itu terdahulu sebelum pelanggan dibenarkan membelinya.



Cik Lee, yang bekerja dalam bidang pelaburan telah membeli satu bungkusan 10 kit Abbot Panbio semalam dari Watsons untuk mempersiapkan dirinya dan keluarganya sedang ekonomi Singapura dibuka semula secara bertahap.



"Kit ini amat berguna jika saya perlu melakukan bengkel pelaburan atau latihan kepada lebih ramai orang sebagai satu jaminan saya selamat daripada Covid-19.



"Ia juga dapat melindungi keluarga dan bayi saya dan kami akan sarankan langkah ini kepada kawan dan keluarga kami," ujarnya lagi.



Menurut Pengarah Perkhidmatan Pelanggan Watsons, Cik See Seow Ying, bekalan kit yang tersedia adalah cukup bagi warga di sini.



Beliau berkata cara penjualan kit-kit ujian sendiri itu akan dijual dengan lebih terbuka secara berperingkat.



"Pada fasa pertama ini, pelanggan perlu merujuk kepada ahli farmasi sebelum membelinya. Pada fasa seterusnya, kami akan menjualnya di lebih banyak kedai kami dan juga menawarkannya dalam talian."



Menjawab pertanyaan BH, seorang jurucakap Guardian berkata:



"Kesemua 79 cawangan Guardian di serata Singapura akan menjual kit-kit tersebut bagi menawarkan kemudahan kepada pelanggan yang ingin membelinya."



Sehingga kini Watsons, Guardian dan Unity menjual dua jenis kit ujian sendiri itu, iaitu kit Abbott PanBio Covid-19 Antigen Self-Test, dan Quidel QuickVue At-Home OTC Covid-19 Test - yang dijual dalam bungkusan dua atau 25 kit.



Penguasa Sains Kesihatan (HSA) mengumumkan sebelum ini terdapat empat jenis kit ujian sendiri yang telah diberi kebenaran untuk dijual kepada orang umum dan yang lagi dua adalah kit SD Biosensor Sars-CoV-2 Antigen Self-Test Nasal, dan kit SD Biosensor Standard Q Covid-19 Ag Home Test.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >