Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kitaran faktor punca kurang tenaga kerja di Singapura

May 11, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA faktor berkitar telah menyebabkan masalah kekurangan pekerja di Singapura, khususnya disebabkan oleh pandemik Covid-19.



Sejak dua tahun lalu, jumlah tenaga kerja bukan penduduk telah merosot dengan mendadak sedang perniagaan dijejas teruk oleh pandemik.



Namun apabila permintaan semakin pulih, sekatan sempadan luar negara telah menghambat pula kedatangan tenaga kerja asing.



Lantaran itu, pemerintah telah mengambil langkah untuk menyambung semula kemasukan pekerja asing bagi meredakan cabaran tenaga kerja dan menarik balik sekatan sempadan secara bertahap bermula lewat tahun lalu.



Hasilnya, jumlah pekerja bukan penduduk meningkat pada suku keempat tahun lalu buat kali pertama dalam masa dua tahun serta terus pulih pada suku pertama tahun ini.



Tahun lalu, jumlah pengambilan pekerja tidak termasuk pembantu rumah migran, tumbuh sebanyak 41,400 selepas mengecut sebanyak 166,600 pada 2020.



Ini didorong oleh jumlah pekerja penduduk yang lebih kukuh dengan pertambahan 71,300 pekerja.



Ia sekali gus mengimbangi kemerosotan pengambilan pekerja bukan penduduk, sebanyak 30,000.



Dalam laporan terkini, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengatakan bahawa pasaran pekerja akan pulih secara bertahap pada tahun ini.



Pada masa yang sama, pemulihan dijangka tidak sama rata dalam sektor domestik, dengan sektor berpusat pelanggan seperti runcit, dijangka meraih manfaat daripada pelonggaran sekatan Covid-19 manakala sektor berkaitan penerbangan akan mengambil lebih lama untuk kembali ke tahap sebelum pandemik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >