Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KKH perluas kawasan bangunan tambah khidmat baru

Apr 21, 2022 | 05:30 AM



HOSPITAL Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) telah memperluas kawasan bangunannya serta skop untuk merangkumi khidmat baru di jabatan perubatan psikologi dan dermatologi.



Dua jabatan tersebut kini mempunyai klinik dua kali ganda lebih besar berbanding sebelum ini, sekali gus membolehkannya meningkatkan bilangan temu janji dengan pesakit sebanyak 30 peratus.



Kawasan yang diperluas itu telah dilancarkan secara rasmi semalam yang turut merangkumi sebuah farmasi.



Ketua konsultan kanan di jabatan dermatologi KKH, Profesor Madya Mark Koh, berkata:



"Selain lebih banyak bilik klinik dan bilik bagi prosedur dermatologi, kami juga kini menawarkan kaunseling farmasi komprehensif bagi pesakit wanita dan kanak-kanak yang mengalami masalah kulit kronik, terutama sekali atopic dermatitis, untuk membantu mereka memahami rancangan rawatan mereka."



Tambahnya, klinik-klinik baru juga dilengkapkan dengan keupayaan untuk merawat masalah kompleks, termasuk penyakit kulit genetik, dan ekzema kronik.



KKH juga menjangkakan kawasan yang diperluas itu untuk memanfaatkan pesakit jabatan psikologi.



Ketua konsultan kanan di jabatan perubatan psikologi, Profesor Madya Helen Chen, berkata: "Keperluan kesihatan mental wanita dan kanak-kanak cukup berkait.



"Memang bermanfaat jika kita dapat menyediakan penjagaan berterusan bagi kededua golongan ini dalam ruang yang sama."



Tambahnya, kemudahan yang diperluas itu boleh memberikan program klinikal dan sokongan bagi wanita dan kanak-kanak dalam fasa kehidupan berbeza bagi pelbagai spektrum masalah kesihatan mental, termasuk tekanan, keresahan, masalah psikotik dan masalah perkembangan saraf.



Katanya, ruang yang lebih menenangkan di prasarana yang diperluas itu juga menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pesakit.



Menurut KKH, klinik-klinik tersebut menerima 24,000 pesakit setiap tahun sebelum bangunan itu diperluas.



Kawasan baru itu dinamakan KKH@Halifax dan merupakan tapak warisan di Halifax Road, 450 meter dari bangunan utama hospital itu di kawasan Rochor.



Ia merangkumi dua bangunan kolonial yang dibina pada 1930-an.



Menurut KKH, pengubahsuaian bangunan tersebut - yang memaparkan unsur seni bina hitam putih bangunan kolonial - mengekalkan warisannya.



Lanjutan bangunan itu direka berdasarkan keperluan kemampanan moden dan telah mendapat akreditasi anugerah Platinum Tanda Hijau Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA), penarafan kemampanan tertinggi untuk bangunan bukan kediaman daripada BCA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >