Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:54
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

SESI DIALOG PASCA-RAPAT HARI KEBANGSAAN 2023

Klasifikasi baru flat awam tingkat upaya rakyat beli flat: Faishal

Sep 06, 2023 | 03:19 PM



Sistem klasifikasi baru perumahan awam bertujuan memastikan setiap golongan masyarakat mampu membeli dan memiliki flat dalam estet perumahan yang bersifat inklusif.

Ini dinyatakan Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang turut memberi jaminan sokongan dan bantuan akan disalurkan kepada setiap rakyat Singapura dari latar belakang pendapatan yang berbeza untuk memenuhi aspirasi pemilikan rumah.

Peralihan daripada kategori lama estet matang lawan bukan matang bagi projek Bina Ikut Tempahan (BTO) ke arah rangka kerja baharu – iaitu Standard, Prime dan Plus – pada separuh kedua 2024 akan meningkatkan lagi mutu perumahan awam bagi rakyat Singapura dari segi kemampuan dan kehidupan secara inklusif.

Dr Faishal menjelaskan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan terus membina flat baru di estet-estet belum matang dan akan membina lebih banyak flat di dalam dan berhampiran estet sedia ada yang dekat dengan pusat bandar, dengan lebih banyak ciri-ciri menarik.

Beliau berkata: “Ini akan memastikan lebih banyak campuran masyarakat dan mengurangkan risiko susun lapis masyarakat berdasarkan tempat anda menetap. Ini sistem yang lebih adil.”

Antara sokongan dan inisiatif yang disalurkan bagi memastikan kemampuan ialah geran yang dipertingkat secara progresif untuk memberikan lebih banyak sokongan kepada keluarga berpendapatan lebih rendah dari masa ke masa agar sokongan diberikan dengan mencukupi.

“Kami akan terus menyokong warga Singapura daripada semua tahap pendapatan dengan aspirasi pemilikan rumah mereka,” kata Dr Faishal.

Beliau berkata di satu dialog pasca-Rapat Hari Kebangsaan (NDR) 2023 bersama Cik Norlilah Abdul Latiff, Pengarah (Jualan), Pentadbiran Estet dan Perolehan Kumpulan HDB, anjuran Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Persatuan Rakyat.

Sesi ini diadakan di Wisma Geylang Serai (WGS) pada Selasa, di mana seramai 96 peserta terdiri daripada sukarelawan akar umbi dan rakan kongsi korporat dari seluruh Singapura membincangkan isu-isu berkaitan perumahan awam di Singapura.

Antara isu-isu yang diketengahkan ialah luahan keprihatinan mereka tentang harga HDB yang kian meningkat.

Encik Muhammad Faizal Bin Othman, 52 tahun, salah seorang sukarelawan Akar Umbi Taman Jurong, mengetengahkan maklum balas dari orang ramai tentang keprihatinan mereka mengenai harga HDB yang semakin meningkat tahun demi tahun.

“Mereka sangat khuatir dan bimbang sekiranya anak-anak mereka tidak mampu membeli flat HDB,” kata Encik Faizal.

Dr Faishal menekankan kepentingan kemampuan sepanjang sesi itu dan memberikan penjelasan lanjut mengenai perbezaan antara subsidi dan geran yang disediakan, agar rakyat Singapura memahami pendekatan pemerintah dalam memastikan kemampuan dan kerelevanan.

“Kami mahu membangunkan dasar perumahan awam yang boleh dimampui, di mana campuran sosialnya baik dan juga adil kepada semua lapisan masyarakat,” kata beliau.

Terdapat juga isu lain yang diketengahkan berhubung pilihan yang meluas bagi golongan bujang, anggapan rumah sewa lebih baik daripada rumah yang dibeli, perbezaan saiz antara rumah dahulu dan sekarang, serta isu kuota kaum dan proses pengundian. 

Cik Rizayati Begai Malawad dari Panel Penasihat Kebudayaan dan Bahasa Melayu (MCLAP) turut berkongsi sukacitanya menyertai sesi yang bermanfaat dan mendapat penjelasan yang jelas tentang pelbagai keprihatinan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >