Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN: KEMENTERIAN PERTAHANAN

Klasifikasi tahap kecergasan bagi peranan SAF akan disemak

Ini dalam usaha Mindef perkenal peranan baru, reka semula peranan yang ada sebagai respons terhadap sekitaran ancaman yang berubah
Mar 02, 2021 | 05:30 AM



ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) akan menyemak cara ia mengklasifikasikan tahap kecergasan bagi peranan (vocation) berlainan sedang ia memperkenalkan peranan baru dan mereka semula peranan yang ada kini sebagai respons terhadap sekitaran ancaman yang berubah.



Ini seperti mempunyai pakar siber untuk melindungi rangkaian dan sistem digital utama, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Heng Chee How, semasa bahas Belanjawan bagi Kementerian Pertahanan (Mindef) di Parlimen semalam.



"Kami sedang mereka semula Sistem Klasifikasi Perubatan (MCS) dan Sistem Standard Pekerjaan Fizikal (PES) untuk beralih daripada klasifikasi perduaan sesuai bagi pertempuran (combat-fit) berbanding pengerahan tidak sesuai bagi pertempuran," kata beliau.



"Pengecualian perubatan yang digunakan untuk mengehadkan pengerahan mungkin tidak lagi relevan dalam konteks operasi hari ini atau dengan teknologi terkini," tambah beliau.



MCS yang sekarang melihat anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa (NSF) diklasifikasikan sebagai sama ada sesuai bagi pertempuran atau tidak sesuai bagi pertempuran.



Sistem PES pula mengkategorikan NSF mengikut kesesuaian bagi peranan pertempuran, daripada PES A dan B1 bagi peranan pertempuran hingga ke PES F, di mana mereka dianggap tidak sesuai dari segi perubatan untuk mana-mana bentuk perkhidmatan, menurut laman Pangkalan Pusat Tenaga Manusia.



SAF sedang mempertimbang untuk menggunakan penilaian fungsi demi menentukan pengerahan NSF dalam peranan tertentu, kata Encik Heng.



Ini akan meneliti permintaan fizikal yang diperlukan bagi operasi harian untuk memadankan keupayaan fungsi anggota perkhidmatan dengan permintaan sebenar sesuatu peranan itu dengan lebih baik.



Penilaian fungsi digunakan untuk membimbing pemilihan pengendali pengangkutan SAF, dan jika berjaya, percubaan itu akan dilanjutkan kepada peranan lain seperti pengendali kereta kebal, kata beliau.



"Idea utama adalah untuk mengerahkan setiap askar dalam peranan operasi yang bermakna tanpa menjejas keselamatan atau keberkesanan operasi," kata Encik Heng.



Perubahan ini adalah antara perkara dalam agenda bagi jawatankuasa semakan NS, yang juga merangkumi peluang diperluas bagi anggota kerahan NS (NSmen) dengan kepakaran orang awam relevan, dan program pemeriksaan kesihatan diselaraskan dan diploma bekerja sambil belajar bagi NSF dalam sesetengah peranan.



Jawatankuasa itu, yang dibentuk tahun lalu, juga sedang meneliti cara menjadikan kegiatan kecergasan NS lebih mudah dan fleksibel.



Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, semasa bahas Belanjawan kementeriannya, berkata dengan lebih banyak pekerjaan direka semula atau penggunaan teknologi baru, lebih ramai anggota perkhidmatan akan dapat menyumbang dalam bidang di mana mereka sebelum ini tidak layak atau berkebolehan.



Contohnya, dikerahkan bagi keselamatan maritim dan perlindungan pangkalan menerusi penggunaan kapal permukaan tanpa pemandu dan menara pengawal tanpa manusia, tambah Dr Ng.



Dalam pada itu, Encik Heng menambah bahawa audit oleh Pejabat Inspektor-Jeneral menemui kemajuan ketara dalam memperkukuh budaya keselamatan SAF, dengan pertubuhan itu memberi respons secara positif terhadap langkah-langkah keselamatan.



"Terdapat kenaikan berterusan dalam laporan terbuka yang diterima dalam dua tahun lalu, di mana anggota perkhidmatan, tidak kira pangkat, melaporkan kemalangan yang hampir berlaku dan bahaya keselamatan," kata beliau.



"Unit kami juga telah membuat penyesuaian besar kepada jadual latihan mereka untuk memberikan masa bagi keselamatan, termasuk melaksanakan taklimat keselamatan harian dan memberikan waktu latihan berdedikasi untuk mendapatkan maklum balas dari askar tentang keselamatan," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >