Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Klien baru ComCare akan terima bantuan sekurangnya 6 bulan

Apr 05, 2022 | 05:30 AM



SEMUA klien baru Bantuan Jangka Pendek hingga Pertengahan (SMTA) ComCare akan menerima bantuan sekurang-kurangnya enam bulan.



Ini bagi permohonan antara 4 April dengan 30 September tahun ini.



Kes pembaharuan SMTA ComCare dalam tempoh ini juga akan menerima bantuan sekurang-kurangnya tiga bulan tambahan.



Langkah itu antara bantuan pemerintah bagi membantu warga Singapura mengatasi tekanan inflasi, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semalam.



"Gangguan rantaian bekalan dan konflik di Ukraine telah mengakibatkan inflasi meningkat di Singapura.



"Sedang kami berharap situasi itu akan menjadi stabil dan harga akan merosot kembali, masih ada ketidakpastian bila ini boleh berlaku," ujar Encik Masagos.



Beliau berkata demikian dalam catatan di Facebook, selepas Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dan Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, menyampaikan Kenyataan Menteri mengenai inflasi dan kos perniagaan.



Encik Masagos berkata Pejabat Khidmat Sosial (SSO) juga boleh menyediakan tempoh bantuan lebih lama bagi penerima SMTA ComCare.



"SSO akan memberi lebih fleksibiliti apabila diperlukan bagi menyediakan klien ComCare dengan lebih banyak bantuan wang tunai untuk mengatasi kenaikan kos barangan asas.



"Kami akan terus memantau dan menyemak langkah ini dan menyesuaikan sokongan kami sedang situasi ekonomi global dan di dalam negara berubah," ujar Encik Masagos.



Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelbagai langkah ini di laman https://www.msf.gov.sg/Comcare/Pages/Support-For-ComCare-Beneficiaries-Price-Inflation.aspx




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >