Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Klinik bantu perlahan proses menua bakal dibuka di S'pura

Dec 04, 2022 | 05:30 AM



PENUAAN merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan, namun dapatkah prosesnya diperlahankan?



Menua secara sihat memang baik, tapi tidak begitu sekiranya anda diserang penyakit.



Maka bagaimanakah dapat seseorang itu kekal bebas penyakit selama mungkin?



Inilah antara isu sebuah klinik diagnostik baru oleh Pusat Panjang Usia Sihat (CHL) Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) sasar untuk ketengahkan.



Dijangka dibangunkan dan beroperasi menjelang awal tahun depan, ia akan ditempatkan di Hospital Alexandra, di mana kemudahan kajian utama pusat itu berada.



Sejak 2019, CHL telah mula menetapkan tugasan bagi klinik tersebut, di mana ia dianggap sebagai yang pertama di dunia, dan melakarkan perancangan bagi penjagaan kesihatan pencegahan penuaan, dengan menjalankan kajian ke atas para peserta sihat di kemudahan penyelidikan utamanya.



Pusat itu mempunyai misi untuk menambah sehingga lima tahun tanpa penyakit bagi mereka yang berusia 21 tahun hingga 80 tahun.



Ia bertujuan mencari penanda bio baru bagi mengukur penuaan, serta mencari jalan mengganggu proses tersebut agar dapat mengelakkan penyakit.



Para pengarahnya, Profesor Andrea Maier dan Profesor Brian Keith Kennedy, mendapati bahawa para penduduk Asia Tenggara, terutamanya, kurang didokumentasikan dalam penyelidikan penuaan klinikal di peringkat sejagat.



Tiga kaum utama di bahagian dunia ini - Cina, Melayu dan India - berjumlah sekitar 2.5 bilion orang dan membentuk seperempat keseluruhan penduduk dunia, maka dapatan penyelidikan pusat itu akan mempunyai impak utama di Asia.



Apabila klinik itu sudah bersedia, kriteria rujukan bagi pesakit adalah 30 tahun atau lebih tua, tanpa penyakit kronik berkaitan usia; dan 30 hingga 60 tahun dengan satu penyakit stabil yang berkaitan usia.



Diagnostik inovatif dan berdasarkan bukti akan dikenakan, serta pemintasan peribadi berdasarkan bukti.



Pusat itu dilengkapi pelbagai alat imbasan, seperti pengimbas kulit bagi menilai molekul rosak dalam kulit dan platform bagi mengukur kekejangan arteri dalam tubuh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >