Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Klinik bergerak TCM dilancar di GRC East Coast

Apr 28, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH klinik bergerak yang menawarkan rawatan perubatan tradisional Cina (TCM) telah dilancarkan kelmarin di GRC East Coast.



Perkhidmatan itu ditawarkan dalam bentuk van yang diubah suai demi membolehkannya memberikan perkhidmatan TCM termasuk berjumpa dengan pakar terapi dan akupunktur.



Dilancarkan oleh kelima-lima penasihat akar umbi GRC East Coast, klinik bergerak itu bertujuan membolehkan para penduduk mendapatkan rawatan TCM pada harga bersubsidi tinggi berdekatan rumah mereka.



Untuk membolehkan seramai mungkin penduduk mendapatkan rawatan TCM itu, pemegang kad biru CHAS, mereka yang menggunakan Medifund dan para penerima bantuan Comcare akan mendapatkan rawatan tersebut secara percuma.



Mereka yang di bawah usia 50 tahun pula perlu membayar $8 bagi setiap konsultasi dan akupunktur, serta $3 bagi setiap dos harian ubat; sementara mereka yang berusia lebih 50 tahun hanya perlu membayar $3 bagi setiap konsultasi, $4 bagi akupunktur dan $2 bagi setiap dos harian ubat.



"Sebahagian usaha kami membentuk East Coast yang lebih peduli, kami mahu menjadikannya lebih mudah bagi para penduduk menerima rawatan TCM yang dimampui," kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat di acara pelancaran klinik bergerak tersebut.



Klinik bergerak itu akan beroperasi dari 2 petang hingga 5 petang dan 6 petang hingga 9 malam pada Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum.



Ia akan dikerahkan di sekitar 25 kawasan di seluruh GRC East Coast, termasuk di estet awam dan privet.



Antara tempat yang akan dikunjungi van tersebut termasuk Tanah Merah Playground, Blok 425 Bedok North Road, Blok 771 Bedok Reservoir View dan Jalan Tiga Ratus.



Ia dijangka memberikan sekurang-kurangnya 5,000 rawatan dalam setahun.



Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) merangkap Menteri Kedua Pendidikan dan Ehwal Luar, Dr Mohd Maliki Osman berkata, khidmat TCM bergerak itu adalah hasil visi menyediakan perkhidmatan TCM sedekat mungkin kepada tempat tinggal penduduk.



"Selama ini kami sering memikirkan bagaimana menjadikan perkhidmatan lebih mudah diakses para penduduk kami terutama mereka yang mempunyai cabaran bergerak.



"(Khidmat TCM bergerak ini) menambah lagi kepada perkhidmatan seperti Silver Mobile yang bertujuan membantu penduduk, terutama warga emas, meraih manfaat daripada inisiatif penjagaan dan sokongan," ujar Dr Maliki.



Inisiatif khidmat TCM bergerak itu disokong Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East yang telah menyumbang dana sebanyak $50,000 bagi fasa perintis projek tersebut.



CDC South East akan terus menyokong dengan tambahan dana seandainya projek itu berkembang kelak.



Badan bukan meraih keuntungan, Tao One Limited juga menyediakan kemudahan bagi operasi klinik TCM bergerak itu.



Para penduduk boleh membuat tempahan temu janji dengan Klinik TCM Bergerak GRC East Coast itu melalui lima kelab masyarakat di East Coast iaitu Bedok CC, Changi Simei CC, Fengshan CC, Kampong Chai Chee CC dan Siglap CC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >