Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Klinik dan doktor di Bedok disiasat sebab memalsukan rekod vaksinasi, ujian ART

Jan 23, 2022 | 03:04 PM



Kementerian Kesihatan (MOH) sedang menyiasat seorang doktor lelaki di Wan Medical Clinic di Bedok kerana memalsukan rekod vaksinasi Covid-19 dan menggantung empat klinik yang berkait dengan doktor itu.



MOH berkata pada Ahad (23 Jan) ia juga sedang menyiasat klinik itu yang dipercayai menawarkan ujian pantas antigen (ART) secara “dari jauh” bagi pengujian pra acara dengan kerjasama Iris Koh, pengasas kumpulan anti-vaksin, Healing the Divide.



Menurut MOH, ia sedang menjalankan siasatan ke atas klinik itu berikutan maklum balas secara rahsia pada Disember lalu. 



Klinik berkenaan dipercayai membenarkan individu memberikan video atau gambar yang dirakam lebih awal, menunjukkan mereka melakukan ART sendiri bagi pengujian pra acara. Ia kemudian memuat naik keputusan negatif ART bagi individu tersebut. 



Di bawah Peraturan Penyakit Berjangkit (Penyedia Ujian Pantas Antigen) 2021, pengujian pra acara harus dilakukan pada masa nyata dengan kehadiran pengamal perubatan berdaftar atau penyelia ujian ditadbir sendiri yang berkelayakan. 



MOH turut mendapati bahawa doktor di klinik itu, Jipson Quah, 33 tahun dipercayai memalsukan rekod vaksinasi untuk individu yang tidak menerima vaksin. 



Quah juga didakwa memberikan keputusan ART positif yang palsu dalam Portal Profil Risiko Peakit, satu sistem penjagaan kesihatan nasional digunakan doktor bagi memuat naik keputusan ART dan maklumat pesakit yang lain. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >