Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Klinik Digital Generasi Merdeka bimbing warga emas gunakan telefon bijak

Sep 15, 2019 | 04:31 PM



DALAM usaha menyokong program Generasi Merdeka, Penguasa Pembangunan Media Infocomm (IMDA) akan menambah lagi 100 Klinik Digital Generasi Merdeka secara meluas, untuk memberi manfaat kepada 10,000 warga tua Generasi Merdeka. 



Pada Ahad (15 September), sebuah Klinik Digital Generasi Merdeka yang pertama daripada 100 yang sedang ditambah telah diadakan diadakan pada Ahad di Blok 306A Pavilion Clementi Avenue 4. 



Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Sim Ann, telah menghadiri sesi Klinik Digital itu bersama lebih 100 penduduk dari kawasan Bukit Timah.



Klinik Digital Generasi Merdeka itu bertujuan mendidik warga emas dengan kemahiran digital peringkat asas, dan melengkapkan mereka dengan pengetahuan demi melindungi diri daripada risiko dalam talian. 



Mereka juga akan menerima bantuan berkaitan keperluan digital mereka. 



Di Klinik Digital itu, warga emas juga akan menjalani satu kajian selidik yang ringkas mengenai Kesediaan Digital mereka, yang akan menilai tahap keperluan digital mereka.



Usaha itu membolehkan klinik tersebut menyediakan pakej bantuan tertentu, berdasarkan keperluan yang ditunjukkan oleh peserta.





IMDA akan bekerjasama rapat dengan pertubuhan akar umbi dan rakan kongsi masyarakat untuk menganjurkan Klinik Digital Generasi Merdeka.





Selain  akan menyokong klinik digital tersebut, IMDA juga akan membantu warga emas daripada Generasi Merdeka dan penduduk mendapat bantuan peribadi berkaitan cara menggunakan telefon bijak, tidak kira sama ada mereka menggunakan sistem telefon bijak iOS atau Android.





Klinik Digital Generasi Merdeka merupakan usaha untuk menggalak warga emas menyertai program melengkapkan warga Singapura dengan kemahiran digital, demi mempersiapkan diri untuk masa depan digital Singapura, dan untuk memastikan tiada warga yang ketinggalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >