Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Klinik gigi buat tuntutan tidak wajar digugur skim Chas

Jan 14, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) akan menggugurkan klinik gigi Jesselton Dental Centre daripada Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) selepas audit yang dijalankan menunjukkan terdapat tuntutan subsidi yang tidak wajar.



Pengguguran itu akan berkuat kuasa pada Sabtu ini.



Dalam satu kenyataan semalam, MOH berkata audit yang dilakukan pada lewat 2018 hingga 2019 mendedahkan perbuatan serius tidak mematuhi peraturan oleh klinik itu.



Ini termasuk pelbagai tuntutan yang salah bagi subsidi Chas tanpa dokumentasi sokongan yang betul dan tuntutan yang melebihi had dibenarkan.



Pengguguran itu bermakna Jesselton Dental Centre tidak lagi akan dibenarkan membuat tuntutan subsidi Chas bagi pihak pesakitnya.



MOH telah dimaklumkan pada 27 April tahun lalu bahawa pemilikan dan pemegang lesen Jesselton Dental Centre telah dipindahkan daripada Resilient Healthcare Group kepada Alliance Management Group.



"Perhentian Resilient Healthcare Group Pte Ltd sebagai pemegang lesen, ditambah dengan ketidakpatuhan Jesselton Dental Centre, menjadikan pengguguran klinik itu daripada Chas diperlukan.



"MOH akan terus menyiasat klinik itu meskipun terdapat penukaran pemilikan," kata kementerian itu.



Ia menambah bahawa pesakit yang terjejas boleh mengunjungi klinik gigi diiktiraf Chas lain yang berdekatan.



Jesselton Dental Centre, yang kini dimiliki Alliance Management Group, bagaimanapun terus dibenarkan merawat pesakit selagi doktor pergigiannya memiliki sijil pendaftaran dan praktik yang sah dari Majlis Pergigian Singapura.



Menurut kementerian itu, ia juga telah menerima permohonan baru bagi akreditasi Chas dari Alliance Management Group dan akan menilai permohonan itu sewajarnya.



"MOH menggalak pesakit untuk secara aktif mendekati doktor dan doktor pergigian mereka jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bil," kata kementerian itu.



"MOH memandang serius amalan salah sedemikian dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya diperlukan, termasuk merujuk karyawan penjagaan kesihatan yang salah kepada lembaga profesional masing-masing," tambahnya.



Pemegang kad Chas, Generasi Perintis dan Generasi Merdeka yang ingin memeriksa tuntutan subsidi Chas yang dibuat bagi pihak mereka boleh log masuk modul MY CHAS di laman www.chas.sg atau menghubungi talian Chas di 1800-275-2427.



Sekiranya terdapat sebarang tuntutan yang mencurigakan atau luar biasa, mereka boleh menghubungi MOH di 1800-225-4122 atau mengirimkan e-mel kepada MOH_QSM@moh.gov.sg.



Kementerian itu juga mengingatkan karyawan penjagaan kesihatan untuk mengekalkan standard profesionalisme yang tinggi dan mematuhi Kod Etika dan Garis Panduan Etika.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >