KLINIK keluarga memainkan peranan penting dalam membantu mengesan dan menguruskan penularan wabak koronavirus Covid-19 dalam kalangan masyarakat, kata Presiden Halimah Yacob.
Beliau berkata demikian merujuk kepada Klinik Persediaan Kesihatan Awam (PHPC) yang diaktifkan Kementerian Kesihatan (MOH) baru-baru ini.