Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Klinik pakar kanak-kanak dibuka di Hospital Besar Ng Teng Fong

Mar 19, 2023 | 05:30 AM



KLINIK pakar bagi bayi, kanak-kanak dan remaja berusia sehingga 16 tahun baru dibuka di Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH) di Jurong East.



Klinik baru itu, yang menyediakan jagaan perubatan swasta dan bersubsidi bagi pesakit luar telah menerima lebih 200 pesakit sejak dibuka pada 20 Februari.



Ia adalah hasil kerjasama antara Pusat Wanita dan Kanak-Kanak Universiti Nasional di NTFGH dan dibuka secara rasmi pada Sabtu, dalam majlis yang turut dihadiri Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, yang juga penasihat akar umbi di GRC Jurong.



Dalam kenyataannya, Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) dan NTFGH berkata permintaan bagi khidmat kesihatan pediatrik di barat Singapura akan bertambah dan ia menyifatkan pembangunan bandar baru di Tengah - yang bakal menampung 42,000 isi rumah - antara sebab perkembangan ini.



"Klink pediatrik pakar baru ini bersedia memenuhi permintaan yag bertambah kerana ia terletak berhampiran dengan estet perumahan dan mudah diakses daripada hab pengangkutan bersepadu di Jurong East, kata kenyataan itu.



Klinik seluas 233 meter persegi itu ialah klinik awam ketiga dibina di barat bagi bayi, kanak-kanak dan remaja.



Dua lagi klinik sedemikian ialah Institut Perubatan Kanak-kanak Khoo Teck Puat - Universiti Nasional di Hospital Universiti Nasional (NUH); dan Klinik Jagaan Segera Kana-Kanak NUH@Bukit Panjang.



Antara lain, klinik baru ini menawarkan kemudahan diagnostik serta konsultasi dan bilik rawatan khas bagi bayi dan kanak-kanak.



Ia juga menawarkan ujan radiologi dan makmal khas.



Selain itu ia juga menawarkan pelbagai khidmat perubatan pediatrik, termasuk rawatan bagi penyakit kanak-kanak akut, pemeriksaan kesihatan remaja dan jagaan pencegahan holistik.



NUHS dan NTFGH berkata pesakit di klinik baru ini boleh mendapatkan khidmat kesihatan yang disediakan di kededua NTFGH dan NUH, termasuk dalam pemakanan, terapi percakapan dan psikologi.



Pesakit yang memerlukan rawatan lebih rumit atau rawatan di hospital boleh mendapatkannya secara langsung di NUH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >