Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN PERHUBUNGAN DAN PENERANGAN

Kod amalan baru bagi pastikan sekitaran siber yang selamat

Mar 05, 2022 | 05:30 AM



WADAH dalam talian akan dikehendaki secara undang-undang untuk melaksanakan sistem seperti penapis demi melindungi kanak-kanak daripada kandungan berbahaya sedang Singapura mengambil langkah mengatasi bahaya dalam talian yang semakin meningkat.



Platform tersebut juga dikehendaki mengambil tindakan segera apabila pengguna melaporkan kandungan berbahaya, selain memberi maklumat tentang apa yang mereka lakukan untuk memastikan pengguna selamat.



Mengumumkan rancangan untuk kod amalan baru itu semalam, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, berkata matlamatnya adalah untuk meningkatkan standard keselamatan dalam talian, selaras dengan undang-undang baru yang digubal sejak kebelakangan ini di Jerman, Australia dan Britain.



Beliau berkata kod baru Singapura itu akan memberi tumpuan kepada tiga bidang iaitu keselamatan kanak-kanak, pelaporan pengguna dan kebertanggungjawapan wadah.



"Wadah dalam talian yang boleh diakses oleh pengguna di Singapura boleh dan mesti memikul tanggungjawab lebih besar ke atas keselamatan pengguna. Mereka harus berusaha memastikan ruang dalam talian bebas daripada kandungan berbahaya, termasuk kandungan yang tidak sesuai dengan usia seperti kandungan ganas dan grafik, serta kandungan yang menggalakkan keganasan seksual," kata Cik Teo semasa perbahasan belanjawan kementeriannya.



Sementara itu, Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) akan meneroka memperluaskan Akta Keselamatan Siber untuk meliputi infrastruktur digital asas dan khidmat digital utama seperti aplikasi dan perkhidmatan awam yang penting untuk membolehkan ekonomi digital dan mengekalkan cara hidup digital di Singapura.



Ini adalah sebahagian daripada semakan yang dijalankan CSA ke atas akta tersebut bagi memastikan perkhidmatan dan infrastruktur digital yang digunakan di sini kekal selamat.



Akta yang berusia empat itu buat masa ini memberi tumpuan kepada Infrastruktur Maklumat Kritikal (CII) iaitu sistem komputer yang menyokong penyampaian perkhidmatan penting dalam dunia fizikal seperti air dan kuasa.



"Dengan peralihan kepada kemayaan, kita mesti dapat mengakui aset maya sebagai CII juga, seperti sistem yang dihoskan pada awan. Kita perlu memastikan aset maya ini juga dilindungi dengan betul, termasuk aset yang mungkin tidak dihoskan di Singapura," kata Cik Teo.



Semakan itu juga penting di tengah-tengah serangan siber yang meningkat kini.



"Singapura amat prihatin dengan serangan siber terhadap bank negara dan laman web pemerintah Ukraine. Ia menggambarkan bagaimana perkhidmatan penting boleh diganggu dari jauh. Singapura mungkin jauh daripada segi geografi dari tempat kejadian. Tetapi kita tidak boleh mengabaikan potensi kesan tidak langsung yang mungkin tiba di negara kita. Disebabkan itu, awal minggu ini, kami menasihatkan pertubuhan tempatan agar mempertingkatkan kedudukan keselamatan siber mereka," kata Cik Teo.




INISIATIF BARU DIUMUM MCI



  • Kod Amalan baru perkasa pengguna pastikan diri selamat dalam talian meliputi keselamatan kanak-kanak, mekanisme laporan pengguna dan ketelusan

  • Perkukuh undang-undang untuk tangani kandungan dalam talian terlarang

  • Semakan Akta Keselamatan Siber agar sesuai dengan dunia digital yang pesat berubah

  • Skim Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR) tawar wadah khusus untuk selesaikan pertikaian dengan penyedia khidmat telekomunikasi dan media dengan cepat dan dimampui

  • TechSkills Accelerator (TeSA) bantu pelajar serta lulusan ITE dan politeknik mulakan kerjaya dalam sektor teknologi

  • Lebih akses kepada koleksi digital Lembaga Perpustakaan Negara (NLB)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >