Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kod tatalaku baru bagi pemilik dan penyewa kedai

Disaran satu jawatankuasa, kod bakal dijadikan undang-undang
Mar 27, 2021 | 05:30 AM



SATU kod tatalaku (CoC) bagi penyewaan premis runcit di Singapura telah dilakarkan agar rundingan lebih adil dapat dijalankan antara penyewa dengan pemilik kedai.



Dilakarkan oleh Jawatankuasa Sementara Penyewaan Adil, kod itu bakal menjadi satu undang-undang yang diwajibkan di premis runcit yang layak dalam beberapa bulan mendatang, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling.



Saranan kod tatalaku itu, yang telah pun diterima pemerintah, antara lain menetapkan garis panduan bagi perundingan perjanjian sewa dan proses menghuraikan pertikaian.



Diselaraskan oleh Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), jawatankuasa yang dibentuk pada Jun tahun lalu disertai 18 wakil termasuk Persatuan Pemaju Hartanah Singapura (Redas) dan Persatuan Dana Amanah Hartanah Singapura (Reitas), Persatuan Peruncit Singapura (SRA) dan Jawatankuasa kecil Syarikat Kecil Sederhana (SMEC) SBF. Pemilik bangunan besar seperti CapitaLand dan Frasers Property Retail juga terlibat.



Bercakap dalam satu sidang media menerusi maya semalam, Cik Low berkata pemerintah akan bekerja rapat dengan pihak berkepentingan mengenai butiran penggubalannya dalam beberapa bulan akan datang.



"Pemerintah membuat pengumuman awal ini untuk memberi masa yang mencukupi kepada semua pihak terlibat membuat penyesuaian yang perlu untuk mematuhi kod itu.



"Malahan, pemerintah akan melaksanakannya lebih awal.



"Semua pemilik bangunan pemerintah akan menunjukkan contoh dengan mematuhi kod tatalaku itu, kecuali terdapat tuntutan berkanun lain yang perlu dipatuhi," ujar beliau.



Cik Low juga berharap lebih banyak syarikat dan pihak dalam sektor runcit akan mengikut langkah dengan mematuhinya lebih awal, sebelum penggubalan undang-undang dilakukan.



Bagi mengelolakan kod tatalaku itu dan memantau pematuhan industri, sebuah Jawatankuasa Industri Penyewaan Adil (FTIC) akan dibentuk pada 1 Jun nanti.



Di bawah kod tatalaku itu, sewa akan dikira berdasarkan satu sahaja cara perkiraan yang tidak boleh diubah sepanjang tempoh sewa.



Ini berbeza dengan cara perkiraan sekarang yang dianggap tidak adil bagi penyewa kedai kerana ia menyertakan jumlah sewa dan/atau peratusan penjualan kasar penyewa, bergantung mana lebih tinggi.



Di bawah kod baru, penyewa kedai boleh membatalkan kontrak sewa lebih awal di bawah syarat-syarat tertentu misalnya penyewa hilang hak pengedaran atau francais disebabkan faktor di luar kawalannya.



Namun, penyewa perlu memberikan notis sekurang-kurangnya enam bulan atau membayar jumlah sewa kasar jika tidak mahu memenuhi tempoh notis.



Kod itu akan dilaksanakan bagi semua premis runcit di bangunan komersial seperti rumah kedai, bangunan pejabat, stesen MRT atau jenis bangunan yang lain.



Sementara itu, proses bagi menghuraikan pertikaian selepas perjanjian sewa ditandatangani juga ditetapkan.



Menerusi proses ini, sama ada pemilik bangunan atau penyewa boleh mengetengahkan hal tersebut kepada Pusat Pengantaraan Singapura (SMC) dalam masa 14 hari bagi meleraikan pertikaian atau perselisihan.



Menyifatkan kod tatalaku itu sebagai satu pencapaian yang bersejarah, Cik Low berkata ia adalah hasil kerjasama dan kerja keras semua pihak memandangkan sektor runcit menghadapi masa sukar sejak pandemik Covid-19 menimpa.



"Pendekatan yang membina dan amat bertimbang rasa menetapkan asas kukuh bagi sektor runcit mengatasi cabarannya dan bangkit lebih kukuh dalam dunia pasca Covid-19.



"Bahkan, pengguna tentunya akan meraih manfaat daripada industri runcit yang lebih rancak dan berdaya saing," kata beliau.




Laporan lanjut : Jawatankuasa Industri Penyewaan Adil dibentuk 1 Jun




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >