Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kod tatalaku sewa runcit adil akan dijadikan undang-undang: MTI

Jul 19, 2022 | 05:30 AM



SARANAN sebuah jawatankuasa bagi penyewaan adil untuk menjadikan kod tatalaku (CoC) bagi penyewaan ruang runcit sebagai satu undang-undang telah diterima pemerintah.



Ini dinyatakan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) semalam berhubung saranan Jawatankuasa Industri Penyewaan Adil (FTIC).



Sebelum ia menjadi undang-undang sah, MTI akan menjalankan perundingan awam bermula semalam hingga 5 Ogos ini untuk mengumpulkan maklum balas mengenai peruntukan utama, termasuk penubuhan proses penyelesaian pertikaian.



Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, berkata kod itu adalah langkah ke hadapan penting bagi sektor runcit.



"MTI telah berunding secara meluas dengan rakan kongsi utama. Kami kini bersedia untuk meneruskan perundingan awam dan mewajibkan pematuhan kod itu," kata beliau.



Buat masa ini, lapan tuan tanah daripada sektor swasta dan kesemua tuan tanah pemerintah telah bersetuju secara sukarela untuk mematuhi CoC tersebut. Lebih ramai tuan tanah dikatakan sedang mempertimbang mematuhi CoC itu sebelum ia diwajibkan di bawah undang-undang.



Ketua pegawai eksekutif (CEO) SBF, Encik Lam Yi Young, berkata: "Mematuhi CoC akan menjadi wajib bagi semua kontrak sewa runcit di Singapura. Kami menggalak tuan tanah untuk melaksanakannya seawal mungkin memandangkan penyertaannya masih sukarela.''



CoC itu diperkenal untuk menyediakan garis panduan yang jelas tentang rundingan penyewaan runcit yang adil. Setelah mengumpul maklum balas sejak pelancaran CoC itu, FTIC menerbitkan CoC yang dikemas kini pada 15 Mac lalu, yang berkuatkuasa sejak 1 Jun lalu.



Garis panduan tentang rundingan sewa runcit adil dikemas kini



Kod Tatalaku (CoC) untuk Pajakan Premis Runcit di Singapura yang bertujuan menyediakan tuan tanah dan penyewa satu set garis panduan yang jelas tentang rundingan penyewaan runcit yang adil telah dikemas kini berikutan maklum balas yang diterima daripada tuan tanah, penyewa dan firma guaman.



Jawatankuasa Industri Penyewaan Adil (FTIC) memberi kemas kini yang berkuatkuasa 1 Jun 2022 itu dalam kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) semalam.



Lima kemas kini utama CoC tersebut ialah bersangkutan sistem pusat penjualan (Point-of-Sales); perubahan keluasan lantai; penyelenggaraan bangunan; wang jaminan; dan pra-penamatan perjanjian oleh tuan tanah disebabkan kerja-kerja pembangunan semula oleh tuan tanah.



CoC itu merangkumi situasi tentang bagaimana penyewa sedia ada akan berkongsi kos penyepaduan untuk sistem POS dengan tuan tanah apabila dikehendaki berkongsi data jualan.



Semakan itu juga membincangkan cara penyewa baru akan berkongsi kos dengan tuan tanah di bawah syarat tertentu, seperti apabila pilihan sistem yang ditetapkan oleh tuan tanah adalah terhad atau terlalu mahal.



Di bawah CoC itu juga, semua penyewaan baru perlu ditinjau oleh juruukur berdaftar sebelum unit diserahkan kepada penyewa.



Semakan itu membolehkan kedua-dua pihak mengetepikan keperluan ini jika keluasan lantai unit adalah di bawah 300 kaki persegi.



Dua klausa juga ditambah untuk menghuraikan tanggungjawab antara pihak sekiranya pajakan ditamatkan kerana keluasan lantai yang ditinjau adalah lebih kecil daripada keluasan lantai yang dinyatakan dalam perjanjian pajakan sebanyak lebih daripada 10 peratus.



Klausa tambahan telah ditambahkan untuk menunjukkan dengan jelas kawasan di mana tuan tanah bertanggungjawab, berkenaan penyelenggaraan bangunan di bawah perjanjian pajakan.



CoC juga menetapkan had tiga bulan sewa kasar pada deposit keselamatan yang perlu dibayar oleh penyewa untuk pajakan yang melibatkan keluasan lantai sehingga 5,000 kaki persegi dan tempoh pajakan sehingga tiga tahun.



Semakan membenarkan pengecualian dibuat apabila jumlah deposit keselamatan adalah $500 atau kurang, walaupun ia mungkin lebih daripada sewa kasar tiga bulan.



Selain itu, CoC tersebut memerlukan penyewa memberi tuan tanah invois bagi kerja kemas mereka dalam tempoh tiga bulan selepas kerja siap, bagi tujuan pampasan sekiranya berlaku pra penamatan oleh tuan tanah.



SBF berkata, sejauh ini, lapan tuan tanah daripada sektor swasta dan kesemua tuan tanah pemerintah telah bersetuju secara terbuka untuk mematuhi CoC tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >