Sebuah jawatankuasa sementara yang meneliti isu kos jagaan kesihatan berkaitan dengan Pelan Perlindungan Bersepadu (IP), akan dirasmikan sebagai sebuah jawantankuasa dilantik oleh Kementerian Kesihatan (MOH), menurut Menteri Negara Kanan Kesihatan, Dr Koh Poh Koon.
Dr Koh berkata dalam satu pos Facebook bahawa butiran mengenai jawatankuasa dan saranan yang dibuatnya akan diumumkan apabila siap nanti.
Beliau menarik perhatian bahawa para doktor dan penyedia IP telah bertelagah sejak beberapa minggu lalu tentang penyedia insurans yang mempunyai panel doktor.
Para doktor sektor privet kurang senang dengan penyedia IP yang tidak menyertakan ramai pakar dalam panel doktor manakala penyedia insurans berkata mereka merancang meluaskan panel tetapi peluasan yang tidak berwaspada, boleh menyebabkan premium melonjak.
Dr Koh menggesa kededua pihak supaya beringat bahawa pada akhirnya, mereka berkhidmat kepada satu pelanggan yang sama, iaitu pesakit yang merupakan pemegang polisi.
Kenyataan beliau adalah kali pertama pemerintah melahirkan pandangan secara terbuka mengenai perbahasan itu.