Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN GCE 'O' 2021

Kohort 2021 era pandemik catat prestasi terbaik dalam tiga dekad

85.6 peratus lulus lima subjek atau lebih, kenaikan daripada 85.4 peratus pada 2020
Jan 13, 2022 | 05:30 AM



PELAJAR yang menduduki peperiksaan GCE peringkat 'O' tahun lalu menunjukkan kemajuan lebih baik sedikit berbanding kohort sebelum mereka dengan 85.6 peratus lulus lima subjek atau lebih.



Ini adalah kenaikan daripada 85.4 peratus pada 2020.



Ini bermakna, kohort 2021, yang mendapat keputusan mereka semalam, menunjukkan prestasi terbaik di peperiksaan peringkat nasional dalam tempoh tiga dekad, di tengah-tengah pandemik global Covid-19.



Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (Seab) berkata dalam satu kenyataan bahawa sejumlah 23,555 calon telah menduduki peperiksaan GCE peringkat 'O' tahun lalu.



Hampir semua atau sekitar 99.8 peratus lulus sekurang-kurangnya satu subjek atau 96.4 peratus lulus sekurang-kurangnya tiga subjek.



"Ini setanding dengan prestasi calon bagi peperiksaan GCE peringkat 'O' pada tahun sebelumnya, meski di tengah-tengah Covid-19," kata MOE dan Seab.



Pelajar yang ingin mendaftar untuk memasuki Maktab Rendah (JC), Institut Millennia, politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh melakukan demikian melalui Latihan Kemasukan Bersama (JAE) menggunakan keputusan peperiksaan GCE peringkat 'O' mereka.



Tempoh pendaftaran JAE telahpun bermula semalam dan akan berlangsung sehingga 17 Januari, 4 petang.



Pelajar akan menerima borang apabila mengambil keputusan peperiksaan mereka secara fizikal.



Calon privet yang layak untuk memasuki JAE akan menerima borang tersebut melalui pos ke alamat yang telahpun diberikan kepada Seab.



Borang itu akan menyenaraikan kursus yang layak diambil pelajar berdasarkan keputusan peperiksaan GCE peringkat 'O' dan pelajar boleh mendaftar untuknya di bawah JAE.



Pelajar yang ingin mendapatkan bimbingan mengenai pilihan pendidikan mereka boleh bertanya kepada guru mereka atau kaunselor Bimbingan Pendidikan dan Kerjaya (ECG) di sekolah mereka.



Pelajar juga boleh merujuk kepada portal MySkillsFuture di https://go.gov.sg/mysfsec untuk mengetahhui lebih lanjut tentang pilihan pendidikan dan laluan kerjaya yang ada untuk mereka.



Bagi melengkapi khidmat ECG yang ditawarkan sekolah, pelajar boleh membuat janji temu dengan kaunselor ECG daripada Pusat ECG di MOE (Grange Road) melalui sistem e-Janji Temu di laman https://go.gov.sg/moe-ecg-centre.



Mereka juga boleh menghubungi talian ECG di 6831-1420, atau e-mel mereka di MOE_ECG@moe.gov.sg.



Kesemua calon juga boleh mengakses keputusan mereka dalam talian melalui portal calon SEAB di www.seab.gov.sg.




275 pelajar lima madrasah sepenuh masa duduki GCE 'O' tahun lalu



SERAMAI 275 pelajar dari lima madrasah sepenuh masa setempat menduduki peperiksaan GCE peringkat 'O' tahun lalu, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Keputusan pepriksaan tersebut diumumkan semalam sekitar dua petang. Secara keseluruhan, 85.6 peratus kohort pelajar Singapura yang menduduki peperiksaan itu meraih lima kelulusan atau lebih - bertambah daripada 85.4 peratus yang dicapai pada 2020.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), pengetua Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI), Encik Herman Cher Main, berkata sekitar 96 peratus pelajarnya meraih keputusan yang membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke peringkat selanjutnya.



Naib Pengetua (Akademik) madrasah Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah tersebut, Cik Aini Safuan, berkata kesemua 14 pelajar madrasah itu yang menduduki peperiksaan tersebut meraih tiga kelulusan atau lebih.




CHAN CHUN SING KEPADA PELAJAR



"Kohort pelajar GCE peringkat 'O' telah meraih keputusan yang hampir serupa dengan pencapaian kohort tahun sebelumnya meskipun dengan cabaran pandemik Covid-19. Mereka telah menunjukkan sikap daya tahan sebagai satu kohort.



Bagi pelajar kami yang kini melangkah ke fasa seterusnya dalam pengajian mereka, saya menggalakkan anda untuk meneroka pilihan dengan minda terbuka.



Ambil masa untuk mempertimbangkan kekuatan serta minat, kerana ini bakal menjadi panduan untuk membuat keputusan.



Ingat bahawa kejayaan bukan sahaja terletak pada pencapaian akademik seseorang - pelbagai laluan tersedia untuk mencapai aspirasi. Laluan yang diambil ramai mungkin tidak sesuai untuk semua orang."
- Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, mengucapkan tahniah kepada pelajar yang menerima keputusan GCE peringkat 'O' dalam kiriman di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >