Kohort lulusan pertama program diploma dalam kaunseling sekolah NIE dirai
Jul 03, 2019 | 05:30 AM
KOHORT lulusan pertama program Diploma dalam Kaunseling Sekolah, Institut Pendidikan Nasional (NIE) telah diraikan pada majlis Penobatan Guru-Guru NIE semalam.
Seramai 16 Kaunselor Sekolah baru itu, bersama 975 guru baru dan yang telah kembali berkhidmat, menerima sijil serta anugerah dalam majlis tahunan tersebut.