Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Kolaborasi dengan varsiti lengkapi keupayaan Andalus sedia pengajian Islam peringkat tinggi

Apakah motivasi yang mendorong warga Singapura mempertingkat ilmu dan kemahiran mereka dalam sektor keagamaan? BERITA HARIAN menemu ramah siswazah yang baru tamat pengajian dan mendapat sijil mereka di konvokesyen Institut Pengajian Al-Zuhri hujung minggu lalu.
Mar 31, 2022 | 05:30 AM



BAGI mempertingkat pemahaman pelajar dan asatizah Singapura dalam pelbagai aspek berkaitan Islam, Institut Al-Zuhri banyak menjalankan kerjasama dengan beberapa universiti berwibawa di rantau ini.



Antaranya ialah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Pusat Pengajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban, Universiti Teknologi Malaysia (RZS Casis - UTM) serta Universitas Ibn Khaldun (UIKA) di Bogor, Indonesia.



Pengarah Bahagian Pengurusan Andalus, Dr Abdullah Othman, berkata kolaborasi bersama universiti mapan dan berwibawa ini akan mempercepat dan melengkapi keupayaan dan kesediaan menyediakan pengajian pada peringkat tinggi.



"Dengan lebih ramai lulusan peringkat sarjana muda dan pascasarjana, ia akan berupaya mencerakin dan mengupas pelbagai aspek rencam dan kompleks dari segi pandangan alam dan peradaban yang pelbagai; bukan ehwal Islam dan masyarakat Melayu sahaja, bahkan pelbagai agama, bangsa dan negara," kata Dr Abdullah.



Universiti itu dipilih kerana mempunyai kekuatan masing-masing, tambah beliau.



Misalnya RZS Casis - UTM dipilih kerana mempunyai keunikan dalam program bidang falsafah dan ketamadunan Islam.



Dr Abdullah juga berharap dengan kolaborasi sedemikian, Institut Al-Zuhri akan dapat membangunkan keupayaan menyediakan pengajian pendidikan Islam yang unik dan berketrampilan yang diyakini bagi pelajarnya.



"Tidak mustahil lebih ramai orang bukan Muslim berminat mempelajari Islam kerana aspek sejarah, falsafah, sosio-ekonomi, perdagangan, perniagaan dan geopolitiknya," ujar beliau.



Konvokesyen bagi lulusan Al-Zuhri, Andalus dan Cordova yang diadakan hujung minggu lalu adalah antara acara fizikal terbesar yang dianjurkan institut Islam itu sejak sekatan Covid-19 dilonggarkan.



Lebih 340 siswazah menerima sijil tamat pengajian mereka di upaara itu daripada tetamu terhormat, Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan.



Melebihi rasa bangga akan pencapaian pelajar, Dr Abdullah berkata konvokesyen itu juga mencerminkan pencapaian potensi pengajian Islam pada peringkat tinggi yang kian bertambah mantap dan relevan sejak kebelakangan ini.



"Saya optimistik pengajian dan pengamalan agama Islam akan bertambah mantap, mendalam dan meluas dalam masa lima hingga 10 tahun akan datang, terutama dalam peringkat tinggi," ujarnya.



Mengulas tentang kejayaan menganjurkan acara itu, Dr Abdullah berkata ia mencerminkan kematangan, komitmen, dan kemahiran semua orang yang memainkan peranan dari awal hingga akhir.



Majlis penganjur konvokesyen itu dipengerusikan Pengarah Eksekutif, Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri, Ustaz Mas'udin Syarifuddin, sementara penasihatnya ialah Pengarah Eksekutif Divisyen Pendidikan Andalus, Ustaz Fathurrahman Dawoed.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >