KOLAM renang di sebuah kondominium di Newton telah ditutup untuk dibersihkan selepas sekurang-kurangnya enam memerang dilihat berenang di sana pada pagi Ahad (8 Mac), menurut laporan The Straits Times, pada Isnin (9 Mac).
Penduduk di kondominium Park Infinia @ Wee Nam dikejutkan dengan pemandangan yang agak luar biasa hujung minggu lalu apabila sekumpulan memerang dilihat bermandi-manda dalam kolam renang.
Dalam video tular yang dimuat naik ke dalam talian, salah seekor memerang itu membawa ikan koi dari tempat lain ke dalam kolam itu, dan boleh dilihat menggigit ikan itu.
Difahami, kejadian itu berlaku sekitar 8.20 pagi dan sejak itu, kolam renang itu telah ditutup.