Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koleksi ingatan warga

Projek SG Heart Map membuka peluang kepada warga berkongsi kisah dan pengalaman mengenai tempat-tempat menarik dan menyentuh perasaan. ADLI YASHIR KUCHIT (adli@sph.com.sg) meninjau kisah-kisah yang dicoret rakyat Singapura menerusi SG Heart Map.
Mar 23, 2015 | 05:36 AM



RAIKAN ulang tahun Singapura ke-50 dengan berkongsi ingatan dan kisah-kisah peribadi mengenai kejiranan dan tempat yang anda minati di negara ini menerusi projek SG Heart Map.


Projek SG Heart Map yang dianjurkan sempena SG50 bertujuan menggabungkan sumbangan warga menjadi sebuah koleksi kisah yang menjadikan Singapura sebuah kediaman yang unik.


SG Heart Map yang dilancarkan November lalu kini mengandungi ribuan kisah yang dikirimkan warga menerusi gerbang dalam talian.


Kisah-kisah itu kemudiannya digabungkan dalam sebuah peta dalam talian sekali gus menjadi sebuah koleksi kisah dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama.


Contohnya Nur Athirah yang berkongsi ingatannya tentang Taman Merlion.


Menerusi SG Heart Map beliau menulis:


"Ketika saya berusia 8 tahun, saya dan keluarga pergi ke Taman Merlion untuk acara yang istimewa.


"Saya sungguh-sungguh mahu melihat tugu Merlion. Ayah beritahu saya Merlion salah satu identiti Singapura.


"Ia tempat yang paling menarik bagi diri saya."


Singapura juga penuh dengan tempat yang membawa kenangan manis bagi ramai penduduk seperti Khairul yang berkongsi kisah tentang Pulau Ubin.


"Buat julung kali saya jelajah Pulau Ubin dengan basikal bersama temanita saya. Saya gemar Pulau Ubin kerana keindahan alam semula jadi dan sekitaran yang aman. Sukar nak cari tempat sedemikian di bandar kosmopolitan Singapura," katanya.


Pihak penganjur juga menyediakan van SG Heart Map yang akan bergerak ke beberapa lokasi serata pulau untuk menggalak sumbangan warga.


Orang ramai masih boleh menyumbang kepada projek SG Heart Map hingga bulan depan.


Untuk menyumbang atau berkongsi kisah tempat menarik, kunjungi www.heartmap.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >