Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Kolektif dibentuk demi wujudkan pasaran produk hasil kerja individu kurang upaya

Nov 23, 2019 | 07:17 PM

SEBUAH kolektif akan dibentuk untuk mempamerkan dan memasarkan hasil kerja kreatif individu kurang upaya langsung memberikan lebih banyak peluang kepada mereka untuk mempertingkat kemahiran dan menjual hasil kerja keras mereka.

Kolektif i’mable bertujuan menjadi perhentian pertama bagi pertubuhan yang ingin menyokong pembelian hadiah bermutu tinggi dengan kepentingan sosial.

Ini akan menyatukan rakan kongsi perniagaan, jenama serta pakar pemasaran dan reka bentuk untuk membantu membentuk pasaran bagi produk yang dihasilkan oleh individu kurang upaya.

Kolektif tersebut merupakan inisiatif terkini oleh SG Enable, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) untuk mempertingkat dan mempamerkan kemahiran individu kurang upaya dalam bidang seni, reka bentuk dan kraftangan.

Inisiatif tersebut diumumkan di Enabling Village di Lengkok Bahru hari ini.

Presiden Halimah Yacob, yang telah menghadiri acara tersebut, mengalu-alukan wadah baru itu.

“Ini penting kerana satu maklum balas yang biasa saya terima semasa kunjungan ke sektor kurang upaya adalah mereka memerlukan lebih banyak peluang untuk individu yang dibantu mempamerkan hasil kerja mereka,” katanya.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian