Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kombinasi dua ubat dapat bantu pesakit barah buah dada kawal penyakit

Jun 25, 2022 | 05:30 AM



SATU kombinasi perubatan baru yang boleh dimakan ditemui dapat membantu mereka yang menghidap barah buah dada metastatik tahap lanjut untuk mengawal penyakit mereka dengan lebih baik dengan kesan sampingan yang lebih mudah ditangani.



Berdasarkan kajian pasukan penyelidik dari Institut Barah Universiti Nasional, Singapura (NCIS) di Hospital Universiti Nasional (NUH) dan Institut Sains Barah Singapura (CSI) di Universiti Nasional Singapura (NUS), terapi yang digabung itu terdiri daripada letrozole, jenis terapi endokrin hormon, dan lenvatinib, jenis terapi antibarah yang disasarkan.



Oleh kerana kedua-dua letrozole dan lenvatinib boleh dimakan, terapi ini boleh mudah dilaksanakan kepada pesakit.



Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan NUS, CSI dan NCIS, pasukan tersebut telah menjalankan kajian melibatkan 43 pesakit tahap lanjut yang telah gagal dalam beberapa terapi sebelum itu dari September 2015 hingga Januari 2021.



Satu dalam dua pesakit yang diberikan terapi yang digabungkan itu menyaksikan sama ada ketumbuhan mereka mengecut atau kawalan penyakit yang baik selama lebih enam bulan.



Yang paling penting, ramai pesakit dapat meneruskan kegiatan harian mereka dan mengekalkan mutu hidup yang baik ketika dalam rawatan.



Ketua penyiasat percubaan itu, Profesor Lee Soo Chin, yang juga ketua dan konsultan kanan bagi Jabatan Hematologi-Onkologi NCIS berkata:



"Penemuan percubaan klinikal boleh memberikan dapatan lanjut dalam mengenal pasti pesakit yang paling sesuai untuk dirawat menggunakan kombinasi ini, serta mereka strategi untuk mengatasi tentangan dan meluaskan jumlah pesakit yang boleh meraih manfaat daripada rawatan tersebut."



Penyiasat bersama dan penulis pertama kajian tersebut, Dr Joline Lim, yang juga konsultan Jabatan Hematologi-Onkologi NCIS menambah bahawa pasukan mereka merupakan yang pertama dalam dunia untuk mengkaji gabungan lenvatinib bersama letrozole, dan ia amat menggalakkan untuk melihat keberkesanannya dari segi kawalan penyakit bagi pesakit yang mengalami barah buah dada tahap empat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >