Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Komen terhadap Islam: Laporan polis dibuat ke atas doktor

Doktor dilaporkan antara penulis surat terbuka mengenai program vaksinasi di S'pura
Jul 02, 2021 | 05:30 AM



LAPORAN polis telah dibuat terhadap seorang doktor kerana didakwa membuat komen terhadap Islam dan Muslim dalam talian.



Doktor itu, Dr Kho Kwang Po, baru-baru ini dilaporkan sebagai antara penulis surat terbuka yang meminta program vaksinasi Covid-19 Singapura untuk lelaki muda ditunda buat sementara waktu.



Polis mengesahkan laporan telah dibuat terhadap Dr Kho bagi catatan yang beliau tulis dalam talian. Siasatan sedang dijalankan.



Apabila dihubungi akhbar The Straits Times, Dr Kho berkata beliau tidak tahu tentang laporan polis itu dan enggan mengulas.



Tangkap layar beberapa catatan Facebook dikatakan ditulis Dr Kho yang membuat komen tentang Islam dan Muslim disebarkan di beberapa laman baru-baru ini.



Dalam satu catatan tahun lalu, beliau dikatakan menulis bahawa terdapat banyak keganasan yang dikaitkan dengan orang Islam.



Dalam catatan pada 2019 pula, beliau menyoal mengapa agama itu memerlukan perlindungan daripada kritikan.



Sabtu lalu, Dr Kho telah memuat naik surat terbuka di laman Facebooknya yang ditujukan kepada Profesor Benjamin Ong, pengerusi jawatankuasa pakar mengenai vaksinasi Covid-19 Singapura.



Surat itu, yang awalnya ditandatangani empat doktor lain, berkata seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di Amerika Syarikat telah meninggal dunia beberapa hari selepas mendapat dos kedua vaksin Covid-19.



Surat itu berkata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika baru saja memulakan siasatan ke atas kematian remaja itu akibat kegagalan jantung selepas menerima vaksin mRNA.



Doktor tersebut berkata Singapura harus berhenti memvaksin orang muda sehingga CDC Amerika dan pertubuhan di tempat lain menghasilkan data lebih kukuh dan meyakinkan mengenai kes itu.



Memberi respons kepada surat itu, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata laporan mengenai kematian remaja di Amerika itu tidak menyatakan kegagalan jantung sebagai penyebabnya, seperti didakwa dalam surat terbuka itu, dan hal itu masih disiasat pihak berkuasa Amerika.



Profesor Madya David Lye, pakar penyakit berjangkit kanan Pusat Nasional Penyakit Berjangkit (NCID), berkata doktor di sebalik surat terbuka itu mengelirukan dan memberikan maklumat salah kepada orang ramai.



Surat itu mulanya ditandatangani Dr Kho; Dr Wong Wui Min, seorang pakar kardiologi dan pakar jantung di Klinik W.M. Wong Cardiac and Medical di Hospital Gleneagles; Dr A.M. Chia; Dr L.W. Ping; dan Dr I.W. Yang.



Bagaimanapun, Dr Kho meletakkan penafian di laman Facebooknya kelmarin bahawa Dr Ping tidak bersetuju menandatangani surat itu atau menerima draf terakhirnya.



"Isi surat itu bukan pandangannya dan bukan juga pendapat profesionalnya. Beliau sendiri telah menerima vaksin mRNA dan tidak menentangnya," tulis Dr Kho.



Surat itu dikatakan dihasilkan "bagi pihak ramai pakar pediatrik, doktor penjagaan dasar, spesialis, pembedah dan doktor umum (GP)".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >