Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JURURAWAT DIIZIN PAKAI TUDUNG

Komitmen sebagai jururawat tidak terjejas dengan dasar bolehkan pakai tudung

ndr
Aug 30, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI seorang jururawat selama lebih tiga dekad, tiada yang lebih penting bagi Cik Senifah Radi daripada kesejahteraan dan keselesaan pesakit.



Lantaran itu, Cik Senifah, 67 tahun, yakin komitmennya sebagai seorang profesional dalam bidang kejururawatan tidak akan terjejas dengan dasar yang membolehkan jururawat mengenakan tudung.



Menyambut baik perubahan dasar yang bakal dilaksanakan pada November itu, beliau, yang bertugas sebagai pengurus jururawat kanan di Hospital Tan Tock Seng, berbesar hati dengan keputusan pemerintah membenarkan jururawat Islam mengenakan tudung dalam tugasan.



Semasa dihubungi, Cik Senifah, yang sendiri bertudung, berkata: "Kami berterima kasih kepada pemerintah kerana mengambil pandangan kami dengan serius dan kesediaan pemerintah mengubah pendiriannya adalah satu perkembangan positif dalam perubahan ini serta mengalu-alukan pandangan yang ditimbulkan.



"Sebagaimana yang kita tahu, hal ini bukanlah satu perbincangan yang dijalankan semalaman. Ia perkara yang sensitif dan telah dibincangkan secara intensif dengan badan-badan relevan.



"Dan tentunya, bagi jururawat Islam khususnya, ini satu pengumuman yang amat dialukan.



"Perubahan dasar ini juga mencerminkan satu tanda kelonggaran selepas dibincangkan sekian lama."



Pada masa yang sama, Cik Senifah berkata pemakaian tudung bergantung pada setiap individu dan ia satu keputusan peribadi bagi setiap jururawat.



"Bagi yang mahu memakainya, mereka kini ada kelonggaran berbuat demikian," tambah beliau.



"Tetapi bagi mereka yang tidak memutuskan berbuat demikian, ia bukan satu perkara yang akan diwajibkan. Pada akhirnya, ia terpulang kepada pilihan individu itu."



Cik Senifah berkata beliau sendiri belum membuat keputusan memakai tudung semasa dalam tugasan.



Beliau bercadang mencari keseimbangan dalam hal ini dan melihat kepada keadaan apabila membuat keputusan itu nanti.



"Saya rasa hal ini bergantung pada sekitaran kerja dan dalam sekitaran pekerjaan saya, keadaan sering berubah-ubah, justeru bukan mudah menetapkan garis masa keputusan ini," ujarnya.




JIKA PAKAI TUDUNG, TANGGUNGJAWAB LAMA SAMA JUGA



"Sebagai jururawat, kami telah berjanji untuk menjaga pesakit tidak kira bangsa, agama dan bahasa. Jadi melangkah ke depan, jika ada jururawat memutuskan untuk memakai tudung, mereka akan meneruskan tanggungjawab lama dan menjaga pesakit."
- Cik Senifah Radi, pengurus jururawat kanan di Hospital Tan Tock Seng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >