Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kompleks Golden Mile diwarta sebagai bangunan dipulihara

Oct 22, 2021 | 08:22 PM



KOMPLEKS Golden Mile yang ikonik, yang menyerupai mesin taip dengan muka bangunan berteres, telah dipulihara.


Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, hari ini (22 Okt) mengumumkan bangunan tersebut telah diwartakan sebagai bangunan dipulihara, setahun selepas Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) mengusulkan langkah itu.


Bagi menangani keprihatinan pemilik bangunan bahawa pemuliharaan bangunan itu boleh menjejas kemungkinan penjualan kolektif, URA akan - dalam langkah yang belum pernah diambil sebelum ini - menawarkan insentif bagi membuat pilihan pembangunan tapak itu lebih menarik kepada bakal pembeli.


Dalam video yang disiarkan di Facebook, Encik Lee berkata Kompleks Golden Mile adalah pembangunan strata moden dan berskala besar pertama yang dipulihara di Singapura.


Keputusan ini tidak dipandang ringan, tambahnya.


Beliau mengakui beberapa pemilik mungkin melihat pemuliharaan itu sebagai kekangan, dan berkata pemilik telah merancang satu penjualan kolektif, dengan segelintir mereka berhasrat menggunakan hasilnya bagi membiayai persaraan mereka.


URA oleh itu telah membuat usaha untuk memastikan pemuliharaan itu tidak akan melemahkan usaha penjualan kolektif, dengan menawarkan insentif kepada bakal pembeli untuk menyegarkan bangunan tersebut.


"Potensi pengembangan tapak itu dipertingkatkan dengan pemuliharaan," kata Encik Lee.


Insentif itu termasuk membolehkan pemaju mendirikan blok menara baru sekitar 30 tingkat di sebelah bangunan utama yang dipulihara.


Sempadan tapak juga akan diperluas untuk merangkumi sebahagian tanah bersebelahan bagi membolehkan fleksibiliti reka bentuk, sementara insentif cukai akan diberikan, menurunkan biaya pembangunan.


Encik Lee berkata pakej insentif itu unik untuk Kompleks Golden Mile, dengan URA menambah dalam kenyataannya bahawa ia dirancang berdasarkan ciri tapak itu seperti konteksnya dan kedudukannya yang luar biasa sebagai mercu tanda ikonik dan jarang ditemui dari tahun-tahun awal pembangunan negara selepas perang.


"Kami berharap pembangun akan mempertimbangkan potensi tapak ini, di samping visi kami untuk menyegarkan sebuah ikon kebangsaan," katanya.


Kompleks Golden Mile dibangunkan pada tahun 1970-an dan direka oleh arkitek tempatan Gan Eng Oon, William Lim dan Tay Kheng Soon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >