KOMPUTER semua-dalam-satu Inspiron 22 3000 AIO keluaran Dell mara setapak lagi - dengan reka bentuk yang lebih baik dan tahap prestasi berganda untuk memenuhi keperluan setiap pengguna.
Apakan tidak, AIO Dell kini mengandungi ciri-ciri Dell Cinema untuk keupayaan tontonan dan audio yang dipertingkat, perisian Dell Mobile Connect yang membolehkan hubungan dengan PC Dell dan telefon bijak anda, dan kamera web baru yang hanya berfungsi apabila dikehendaki.