Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kondo jualan semula kurang pada Ogos tapi harga terus meningkat

Sep 14, 2022 | 05:30 AM



JUMLAH kondominium yang dijual semula susut 38.6 peratus mencapai 1,135 unit bulan lalu, berbanding setahun lalu.



Ia susut 14.5 peratus bulan lalu berbanding Julai.



Aktiviti jualan rumah biasanya lebih perlahan pada bulan ketujuh kalender lunar semasa perayaan 'Hungry Ghost'.



Bagaimanapun, harga jualan semula kondominium terus kukuh, meningkat 1.2 peratus bulan lalu - 25 bulan berturut-turut - mengikut angka kilat daripada portal hartanah 99.co dan SRX yang dikeluarkan semalam.



Menurut data itu, berbanding Ogos tahun lalu, harga jualan naik 10.5 peratus.



Penganalisis hartanah berkata harga jualan semula kukuh mungkin disebabkan penjual menjangka harga lebih tinggi bagi pelancaran kondominium baru pada bulan-bulan akan datang, membuat mereka menaikkan harga permintaan mereka.



Dua projek baru kondominium yang mempunyai tempoh pajakan 99 tahun di pinggir bandar dilancarkan pada harga rekod tinggi tahun ini.



Unit baru di Amo Residence di Ang Mo Kio Avenue 1 dan Sky Eden @ Bedok di Bedok Central dijual dengan cepat pada hari pelancaran, walaupun harga purata $2,100 setiap kaki persegi di kedua-dua projek itu separas harga yang lebih biasa dilihat di pasaran kondominium utama dan pinggir bandar.



Lentor Modern, pembangunan bercampur di sebelah Stesen MRT Lentor di Laluan Thomson-East Coast yang mempunyai 605 unit, dijangka penganalisis hartanah dilancar pada paras harga sama bulan ini.



Ketua penyelidikan dan perundingan ERA Realty, Encik Nicholas Mak, berkata: "Jika pelancaran kondominium akan datang terus mengikuti gelombang trend harga baru, ini mungkin menyebabkan peralihan ke atas harga kondominium jualan semula."



Segmen luar bandar membentuk 61.7 peratus urus niaga jualan semula bulan lalu. Rumah di kawasan pinggir bandar membentuk 21.4 peratus, manakala baki 16.9 peratus ialah di kawasan bandar Singapura.



Ketua Penyelidikan dan Kandungan PropNex Realty, Cik Wong Siew Ying, berkata ada pemilik kondominium mungkin memilih memegang hartanah mereka bagi pendapatan sewa, kerana permintaan sewa masih kukuh.



"Ada antara mereka yang ingin menjual mungkin menaikkan harga permintaan mereka dek kenaikan hasil sewa," ujarnya sambil berkata beliau menjangka jumlah urus niaga terus merosot.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >