Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kong Hee dan empat bekas pemimpin City Harvest masuk penjara

Kong Hee, Sharon Tan, John Lam, Serina Wee dan Tan Ye Peng serah diri di mahkamah
Apr 21, 2017 | 10:13 AM



PENGASAS Gereja City Harvest (CHC), Kong Hee, menyerah diri di Mahkamah Negara kira-kira 8.30 pagi tadi bagi memulakan hukuman penjara yang telah dijatuhkan ke atasnya.



Dia tiba dengan diiringi dua lelaki dan merupakan individu pertama yang tiba, dengan dikerumuni pihak media.



Kong, 52 tahun, telah dikenakan hukuman penjara 3½ tahun - hukuman penjara paling lama berbanding lima yang lain.



"Saya benar-benar berasa tenteram dan saya berterima kasih kepada Tuhan untuk ini. Tiada apa-apa lagi yang ingin saya katakan, hanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya," kata Kong.



Bekas pengurus kewangan CHC, Sharon Tan, 41 tahun, tiba kemudian.



Dia dikenakan hukuman penjara paling singkat, selama tujuh bulan.



Bekas anggota jawatankuasa kewangan CHC, John Lam, 49 tahun, merupakan individu ketiga yang menyerah diri di mahkamah.



Dia akan menjalani hukuman penjara selama 1½ tahun.



Dia dan Kong dilihat berpelukan agak lama di luar pintu mahkamah.



Para penyokong CHC datang agak awal untuk memberi sokongan kepada pemimpin mereka yang mula menjalani hukuman penjara hari ini - setelah kesemuanya didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah, penyelewengan dan pemalsuan melibatkan lebih $50 juta dana CHC.



Kong juga dilihat memeluk beberapa penyokongnya yang penuh hiba.



Hampir 9 pagi tadi, Kong dilihat memasuki bilik mahkamah dan melambai penyokongnya yang dianggarkan seramai 40 orang.



Ini diikuti dengan Sharon Tan dan Lam.



Timbalan paderi kanan CHC, Tan Ye Peng, 44 tahun, tiba di mahkamah beberapa minit selepas 9 pagi.



Ye Peng dihukum penjara tiga tahun dan dua bulan.



Individu yang terakhir tiba ialah Serina Wee, 40 tahun, yang dihukum penjara 2½ tahun.



Wee tiba bersama suaminya, Kenny Low, tidak lama selepas Ye Peng.



Di luar pintu mahkamah, air mata mengalir di wajah Wee sedang dia memeluk suaminya, dan menyatakan dia akan merinduinya.



Pasangan itu kemudian memasuki bilik mahkamah.



Kedua-dua Sharon Tan dan Wee dilihat berambut pendek.



Pada 9.20 pagi tadi, kelima-lima pemimpin CHC berada di bilik mahkamah, bersedia menjalani hukuman penjara.



Pesalah keenam, bekas pengurus dana CHC, Chew Eng Han, 56 tahun, yang dikenakan hukuman penjara 3 tahun 4 bulan bagaimanapun dibenarkan menangguhkan masa bagi menjalani hukuman penjara.



Keenam-enam pemimpin CHC didapati bersalah menyeleweng $50 juta dana gereja itu.



Setelah mendengar rayuan yang dikemukakan, Mahkamah Tinggi pada 7 April lalu telah mengurangkan tempoh hukuman penjara dan meminda tuduhan mereka kepada yang lebih ringan.



Kesemua mereka dikenakan hukuman penjara antara tujuh bulan hingga 3½ tahun, berbanding 21 bulan hingga lapan tahun yang dijatuhkan ke atas mereka pada 2015.



Selepas hukuman dijatuhkan pada 7 April lalu, empat daripada mereka memohon penangguhan sebelum menjalani hukuman penjara demi membolehkan mereka meluangkan masa bersama keluarga semasa Easter - perayaan yang diraikan penganut Kristian.



Sharon Tan mulanya diberikan penangguhan dua bulan untuk menguruskan keluarga kerana suaminya akan berpindah ke Amerika Syarikat menurut pakej ekspatriat.



Bagaimanapun, pihak mahkamah pada Rabu lalu (19 Apr) membenarkannya menjalani hukuman penjara lebih awal.



Chew pula dibenarkan menangguhkan masa menjalani hukuman penjara sehingga Mahkamah Rayuan membuat keputusan terakhir menyentuh beberapa persoalan undang-undang yang timbul daripada kes ini.



Selepas menyerah diri di Mahkamah Negara, kelima-lima mereka akan dimasukkan ke lokap di besmen mahkamah, sebelum dibawa ke penjara menaiki bas penjara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >