Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kongsi beri makan kepada jiran

Inisiatif Projek Masak-Lah! bertujuan perkasa wanita daripada keluarga berpendapatan rendah
Feb 20, 2022 | 05:30 AM



MEMASAK dan menghasilkan resipinya sendiri sudah menjadi hobi Cik Tuty Sukari.



Setiap minggu apabila suri rumah berusia 45 tahun itu memasak makanan tingkat, dia melakukan demikian untuk membantu memberikan makan kepada jirannya yang memerlukan di bawah inisiatif Projek Masak-Lah!



Program di bawah Beyond Social Services yang disokong OCBC Bank sejak Ogos 2021 itu, bertujuan memperkasakan wanita daripada keluarga berpendapatan rendah dalam menggunakan kemahiran masakan mereka demi memenuhi keperluan makanan keluarga lain dalam masyarakat, sambil menerima elaun atas usaha mereka.



Menurut Beyond Social Services, banyak keluarga berpendapatan rendah yang disokong mereka, termasuk Cik Tuty, mengalami kesempitan dari segi kewangan yang membuatkan sukar untuk keluarga menikmati makanan berkhasiat secara tetap.



Justeru, memilih makanan murah dan mengenyangkan seperti mi segera, berbanding makanan yang segar dimasak, menjadi suatu kebiasaan, walau dalam kalangan keluarga yang mempunyai anak-anak kecil.



Baru-baru ini, pada hari ketujuh Tahun Baru Cina, ini merupakan pengalaman berbeza.



Hari ketujuh perayaan itu juga dikenali sebagai ren ri (hari manusia) yang dianggap sebagai hari lahir semua orang.



Seramai 250 individu dari 65 keluarga dihidang juadah Nasi Minyak, Rendang Ayam dan Achar, yang dimasak Cik Tuty dan dua lagi wanita.



Seramai tiga relawan kakitangan OCBC membantu mengagihkan makanan tersebut kepada keluarga yang tinggal di blok sewa di Lavender, North Bridge, dan Bukit Ho Swee.



Setiap keluarga juga menerima paket merah yang mengandungi baucar pasar raya bernilai $100.



Cik Tuty, salah seorang tukang masak tetap di bawah program tersebut berkata:



"Saya gembira dapat membantu ibu lain dalam masyarakat, dengan melapangkan masa mereka untuk melakukan kerja penting lain atau meluangkan masa yang lebih bermutu dengan keluarga mereka.



"Saya juga rasa ini suatu pencapaian apabila mereka memberitahu saya bahawa makanan saya sedap."



Sejauh ini, seramai lapan wanita dalam program ini telah menyiapkan lebih 7,000 makanan untuk lebih 80 keluarga dalam tempoh lima bulan.



Makanan itu disediakan dua kali seminggu, dan dijadualkan berdasarkan keperluan keluarga.



Semua harga bahan makanan dibayar di bawah program #OCBCCares.



Antara mereka yang telah meraih manfaat ialah Cik Linda (bukan nama sebenar), yang mempunyai empat anak.



Dia juga dapat berkongsi kegembiraan perayaan Tahun Baru Cina menerusi hidangan yang diberikan kepada dia sekeluarga.



Suri rumah itu meluahkan kesyukuran atas makanan yang dia selalu terima pada waktu petang.



"Anak-anak saya semuanya bersekolah dan suka makanan yang disiapkan tukang masak.



"Ini juga bermanfaat untuk keluarga kami kerana membantu kami menjimatkan perbelanjaan pasar."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >