Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CATATAN WARTAWAN

Kongsi cabaran, kemajuan jaga anak autisme bagi tingkat kesedaran

Feb 06, 2023 | 05:30 AM



ANTARA detik kehidupan yang sukar saya lupakan ialah saat anak sulung saya menerima diagnosis autisme kira-kira sedekad lalu.



Meskipun saya dan isteri telah menjangkakannya - setelah melihat pembangunan anak kami melalui laluan yang berbeza - namun diagnosis secara rasmi itu tetap memerlukan masa untuk diterima sepenuhnya.



Selepas penerimaan, tiba pula keinginan untuk mengetahui lebih lanjut dan lebih penting lagi mempelajari daripada pengalaman orang lain.



Di Internet ketika itu, banyak bahan dan artikel berkenaan intervensi awal dan autisme boleh didapati. Namun, ia lebih bersifat tulisan untuk rujukan.



Sukar untuk mendapatkan pandangan atau perkongsian terutama yang melibatkan konteks Singapura.



Matlamat kami ketika itu ialah mendapatkan tempat bagi anak kami itu di sebuah tadika yang baru, setelah tadikanya ketika itu memberitahu kami mereka tidak akan menerima anak kami untuk tahun seterusnya.



Pakar terapi anak kami ketika itu mencadangkan beliau dimasukkan ke tadika aliran utama untuk membangunkan keupayaan dan kesedarannya untuk bergaul.



Kami kemudian mencuba beberapa tadika, banyak yang enggan menerima anak kami setelah kami berterus terang mengenai keadaannya.



Akhirnya, kami diterima masuk ke tadika di sebuah masjid. Anak saya mendapat seorang guru yang prihatin dan penyabar, yang sentiasa cuba menggalak anak saya melibatkan diri dalam kegiatan kelas bersama kanak-kanak lain.



Namun, beberapa bulan kemudian, gurunya meninggalkan tadika tersebut dan guru yang menggantikannya, malangnya, tidak begitu sabar.



Beliau memberitahu kami: "Anak awak ni sudah pergi terapi, tapi kenapa tak baik-baik?"



Alamak!



Mujur, setelah mengeluarkan beliau daripada tadika tersebut, kami secara kebetulan menemui seorang pengetua sebuah tadika, yang sanggup menerima dan menggalak guru-gurunya menerima kelainan anak saya itu.



Sehingga hari ini, walaupun anak saya, Aydan Ziqry, sudah hampir mencecah usia remaja, pengetua tersebut dan guru-guru itu masih lagi berhubungan dengan kami.



Pengalaman mencabar hampir setahun mencari sekolah itu mendorong kami untuk berkongsi secara terbuka mengenai keadaan Aydan.



Cara paling mudah ialah menerusi media sosial.



Isteri saya yang paling aktif berkongsi dengan 'hashtag'#differentnotless (berbeza tapi tidak kurang).



Pada awal perkongsian kami, kami perhatikan ada beberapa perkongsian mengenai individu autistik yang viral. Ia mempamerkan kebolehan luar biasa mereka.



Memang, ada individu autistik yang mempunyai kebolehan luar biasa. Autisme adalah sebuah spektrum dan mereka yang sedemikian berada di peringkat 'high-funtioning' - yang boleh berfungsi dengan baik - malah ada di tahap 'gifted'.



Di Netflix, anda boleh menonton rancangan The Good Doctor, mengenai seorang pakar bedah autistik yang meskipun mempunyai kelemahan dari segi kemahiran sosial, namun mempunyai bakat perubatan luar biasa.



Namun, hakikatnya, individu-individu sedemikian tidak mencerminkan pergelutan yang dihadapi mereka yang mempunyai autisme dan keluarga mereka.



Realitinya ialah, hampir setiap hari adalah satu pergelutan.



Perkara tersebut adalah benar bagi keluarga saya. Dalam tahun-tahun pertamanya, ia amat mencabar untuk membesarkan Aydan - dari segi emosi, psikologi, fizikal dan kewangan.



Namun, dengan intervensi, terapi dan sistem sokongan yang baik daripada keluarga dan sekolahnya di Pathlight School, keadaan beliau bertambah baik, tahap demi tahap.



Ia tidak bermakna kami bebas daripada cabaran dan pergelutan awal itu.



Baru sahaja minggu lalu, semasa berkunjung ke rumah kenalan saya sempena Tahun Baru Cina, beliau tiba-tiba mula resah dan gelisah.



Beliau melompat-lompat, melambai-lambaikan tangan dan akhirnya memekik dan memukul saya.



Bila ditanya apa yang tidak kena, beliau hanya mampu menjawab, "I don't know". Bukan beliau tidak tahu, tapi tidak tahu menggunakan kata-kata untuk meluahkan perasaannya.



Justeru, sedang saya dan isteri sering berkongsi kemajuan yang dicapai Aydan, kami juga tidak teragak-agak berkongsi cabaran yang kami lalui - termasuk keadaan mencabar hampir sejam yang kami lalui di rumah kenalan saya itu.



Hanya dengan memberi gambaran yang jelas mengenai autisme, kami dapat menyumbang kepada usaha meningkatkan kesedaran secara bermakna dan mencapai impian kita semua membangunkan sebuah masyarakat yang benar-benar inklusif.




"Hanya dengan memberi gambaran yang jelas mengenai autisme, kami dapat menyumbang kepada usaha meningkatkan kesedaran secara bermakna dan mencapai impian kita semua membangunkan sebuah masyarakat yang benar-benar inklusif."



- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >