Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kongsi cara dekati anak remaja

Jul 26, 2016 | 05:30 AM



MEMPERKASA golongan bapa dengan kemahiran membina hubungan yang utuh lagi berkekalan dengan anak remaja mereka.



Itulah matlamat Seminar Kebapaan anjuran bersama Angkatan Karyawan Islam (AMP), Centre for Fathering (CFF) dan Persatuan ADAM.



Seminar yang disokong Berita Harian itu akan berlangsung pada Ahad, 4 September ini, dan mengetengahkan penceramah utama, pakar motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzillah Kamsah.



Selain beliau, Encik Shafie Shamsuddin, Pengarah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Carrefour Indonesia, juga akan berkongsi cabaran dan petua mendekati dua anak remajanya yang berusia 13 dan 17 tahun.



Seorang lagi bapa turut diundang bagi sesi perkongsian dalam seminar tersebut. Namun, identiti bapa itu akan diumumkan dalam masa terdekat.



Mengulas usaha menganjurkan seminar itu, Pengarah Eksekutif AMP, Encik Anuar Yusop, berkata berdasarkan pengalaman persatuan itu mendekati keluarga, lazimnya golongan ibu yang lebih terbuka berinteraksi dengan pihak kaunselor dan pegawai kes mereka.



Menurutnya, pandangan tradisional bahawa peranan bapa hanyalah mencari nafkah keluarga tidak lagi relevan.



"Justeru, seminar kebapaan ini bertujuan menggalak dan memperkasa golongan bapa agar memainkan peranan lebih besar dalam memperkukuh keluarga.



"Masa sekarang ini, amat penting bagi peranan membesarkan anak dikongsi sama rata antara ibu dengan bapa memandangkan kededua ibu dan bapa keluar bekerja bagi sebahagian besar keluarga," ujar Encik Anuar.



"Kaum bapa harus memainkan peranan penting dalam memupuk nilai-nilai yang baik dalam diri anak mereka, sekali gus membangunkan keluarga yang kukuh.



"Seminar ini bertujuan mengetengahkan kemahiran keibubapaan yang berguna kepada golongan bapa dan membantu mereka meraih kemahiran tersebut," tambahnya.



Seminar Kebapaan akan diadakan di Chengal Room di Hotel Crowne Plaza Changi Airport.



Tiket-tiket berharga $30 akan mula dijual pada 3 Ogos ini.



Butir pembelian tiket melalui dalam talian akan diumumkan tidak lama lagi.



Sementara itu, orang ramai boleh 'Like' laman Facebook AMP di facebook.com/AMP.Singapore bagi mendapatkan maklumat terkini.




SEMINAR KEBAPAAN



Bila: Ahad, 4 September 2016



Masa: 9 pagi hingga 1 petang



Tempat: Chengal Room, Hotel Crowne Plaza Changi Airport



Anjuran: Angkatan Karyawan Islam (AMP), Centre for Fathering (CFF) dan Persatuan ADAM. Disokong Berita Harian.



Tiket: $30 setiap seorang (Akan mula dijual pada 3 Ogos ini. Butir pembelian tiket melalui dalam talian akan diumumkan tidak lama lagi.)



Maklumat lanjut boleh didapatkan dengan 'Like' laman Facebook AMP di facebook.com/AMP.Singapore atau hubungi talian 6319-5601.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >