SEORANG bekas juruterbang Singapore Airlines didenda $3,000 semalam selepas dia mengongsi dua gambar di kumpulan WhatsApp, termasuk satu gambar yang menunjukkan seorang pembantu rumah mati selepas menerimanya daripada temanitanya, seorang paramedik.
Dokumen mahkamah menunjukkan Fazli Hisham Mohd Fairuz Shah, 29 tahun, merupakan seorang juruterbang yang berkelayakan semasa berlakunya kejadian pada 1 Febuari 2017.