SEKITAR RAMADAN
Kongsi gambar Raya
May 31, 2019 | 05:30 AM
PEMBACA akhbar ini dan pengikutnya di media sosial boleh menyertai kempen media sosial Berita Harian menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan berlangsung sehingga 9 Jun.
Menggunakan 'hashtag' #betulbetulraya dan #beritahariansg, kempen kali ini mengundang pembaca berkongsi gambar dan kenangan indah membuat persiapan menjelang Aidilfitri serta menyambut Lebaran bersama masyarakat, jiran, teman, keluarga dan orang tercinta.