Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kongsi keceriaan dengan 100 warga senja di Kampong Glam

Feb 01, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 100 warga emas kurang bernasib baik telah berkumpul untuk menyambut Tahun Baru Cina (CNY) di acara 'Festive Cheers' yang diadakan di Kelab Masyarakat Kampong Glam pagi Sabtu lalu.



Warga emas itu diberi peluang 'membeli-belah' barangan dan makanan perayaan di beberapa reruai.



Ini termasuk hidangan makanan seperti Yusheng, limau, biskut dan banyak lagi.



Acara ini adalah satu inisiatif yang diterajui relawan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central Singapore dengan kerjasama Restoran Si Chuan Dou Hua sempena perayaan Tahun Baru Cina.



Ini merupakan tahun ke-11 mereka bekerjasama dalam meraikan dan menyebarkan kegembiraan perayaan bersama kumpulan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat.



Warga emas yang turut serta dalam acara ini turut membawa pulang lukisan yang tertera huruf Cina yang disifatkan dapat membawa tuah sempena Tahun Baru Cina.



Turut menyertai acara itu adalah Mayor Daerah Central Singapore, Cik Denise Phua, dan pengarah eksekutif Restoran Si Chuan Dou Hua, Cik Wee Wei Ling untuk menyambut Tahun Harimau.



"Kami teruja dapat mencipta pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan untuk warga emas dan harap kami dapat membawa kegembiraan dan kasih kepada mereka di pertengahan pandemik ini," kata Cik Wee.



Antara benefisiari acara ialah Cik Ang Lee Lee, 73 tahun, yang berterima kasih atas inisiatif tersebut.



"Pada usia ini, saya cuba menikmati kehidupan. Saya amat bersyukur kepada CDC Central Singapore atas tajaan dan kerana menganjurkan acara ini dan memberikan saya kesempatan kekal aktif," kata Cik Ang yang meluahkan keghairahan untuk mengongsi snek-snek diterima bersama cucu-cucu yang akan mengunjunginya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >