Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kongsi keindahan lalui hidup positif selepas tinggalkan dadah

Jul 01, 2018 | 05:30 AM



Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana) melancarkan kempen antipenyalahgunaan dadah yang pertamanya semalam. Kempen itu, antara lain, memaparkan anggota keluarga bekas pesalah dadah serta bekas pesalah dadah yang telah berjaya membuang tabiat itu. ERVINA MOHD JAMIL (ervinamj@sph.com.sg) menyorot kisah beberapa bekas pesalah dadah dan keluarga bekas pesalah dadah yang kini berkongsi pengalaman mereka dengan orang ramai.



BELIAU menghabiskan zaman belianya di balik jeriji besi Penjara Changi gara-gara keluar masuk penjara sejak umurnya 16 tahun bagi pelbagai kesalahan.



Ini termasuk merusuh dan menyertai perhimpunan terlarang.



Namun, selepas menghabiskan masa lebih 13 tahun dalam penjara kerana mengedar dadah - hukuman paling lama yang pernah dilaluinya - Encik Mohammad Azahari Abdul Razak, 37 tahun, memutuskan bahawa beliau benar-benar ingin mengubah hidupnya, antara lain kerana tidak lagi ingin mengecewakan ibunya yang kini berusia 68 tahun.



Sejak dibebaskan pada 2014 beliau mengamalkan gaya hidup yang lebih positif dan berhasil.



Menurut Encik Mohammad Azahari, beliau dirujuk kepada seorang kaunselor daripada Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana) sejurus sebelum dibebaskan dari penjara.



Memandangkan beliau telah menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O' dan 'A' semasa di penjara, beliau berbincang dengan kaunselor itu tentang rancangannya mahu melanjutkan pengajiannya.



Beliau mengikuti pengajian kejuruteraan kimia di sebuah politeknik di sini pada 2015 dan bakal tamat pengajiannya tahun ini. Pengajiannya ditaja sepenuhnya di bawah Dana Reben Kuning.



Encik Mohammad Azahari, yang berumah tangga pada 2015 dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 19 bulan, juga bekerja sebagai pekerja khidmat penghantaran makanan secara sambilan untuk menampung perbelanjaan keluarganya.



Kini, beliau juga menyumbang semula kepada Sana dengan berkongsi pengalamannya bersama bekas pesalah dadah lain.



Beliau juga turut memberi ceramah di sekolah untuk menyampaikan mesej kepada pelajar agar menjauhi dadah.



Selain Encik Mohammad Azahari, seorang lagi bekas pesalah dadah - Encik Zainal Abidin Jaffar, 25 tahun - turut menyumbang semula kepada Sana selepas berjaya membuang tabiat itu.



Encik Zainal, yang ditahan di Pusat Pemulihan Dadah (DRC) dari 2011 hingga 2012 menyertai program pembuangan tatu di Sana sejak Mei tahun lalu.



Selain itu, beliau juga berkongsi pengalamannya di sesi Kumpulan Sokongan Keluarga Sana.



"Dahulu, kedua-dua ibu bapa saya bekerja dan jarang meluangkan masa bersama saya. Jadi, saya mula berkawan dengan budak-budak yang lebih tua daripada saya di kejiranan saya.



"Mereka memperkenalkan saya kepada dadah Ice dan saya mula seronok mengambilnya, tapi ketika itu saya tidak mampu membelinya dan mereka menyarankan agar saya menjual dadah.



"Mula-mula, saya beli dadah bernilai $30 dan saya menjualnya pada harga yang lebih tinggi. Dua tahun kemudian ketika umur saya 16 tahun, saya membelanjakan sehingga $3,500 untuk membeli dadah," kata Encik Zainal yang kini bertugas sebagai pegawai pengawasan.



Kali pertama ibunya, Cik Rafi'ah Mohamed Noor, melawatnya semasa beliau ditahan di DRC, ibunya berkata hanya mampu menangis dan menyalahkan dirinya.



Ibunya melawatnya dua kali sebulan, tetapi menurutnya, adik perempuannya berkata ibunya tetap memandu ke sebuah stesen minyak dekat DRC itu dan makan malam dalam kereta pada hari yang beliau tidak dibenarkan melawat Encik Zainal kerana ingin berasa dekat dengan anaknya itu.



Kini, ibu dan anak meluangkan lebih banyak masa bersama.



Menerusi perkongsiannya dalam sesi Kumpulan Sokongan Keluarga Sana, Encik Zainal bertemu ibu bapa yang anak mereka juga menyalahguna dadah.



"Mereka berkata mereka ingin meluangkan masa dengan anak mereka tetapi terlalu sibuk dengan pekerjaan. Apabila mereka mendengar pengalaman saya, mereka mula sedar dan menangis.



"Melihat reaksi mereka, saya juga sedih kerana teringatkan ibu saya. Apa yang penting adalah mendengar lebih daripada sekadar bercakap," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >