Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Kongsi kepakaran, jalin sokongan untuk wanita: Rahayu

Jul 22, 2022 | 05:30 AM



Pembangunan golongan wanita masih menjadi isu penting yang harus dibincangkan. Baru-baru ini, BERITA HARIAN telah mengadakan dialog selama dua jam bersama beberapa wanita daripada pelbagai bidang. Semasa dialog itu, topik yang dibincangkan termasuk Kertas Putih Pembangunan Wanita serta cabaran-cabaran yang mereka hadapi sebagai seorang wanita dalam menjalankan tugas dalam kerjaya masing-masing, di samping memikul tanggungjawab lain sebagai ibu atau isteri. Ikuti laporan ini.




GOLONGAN hawa perlu terus diberikan peluang dan sokongan untuk memastikan keseimbangan dalam menunaikan tanggungjawab sebagai wanita dan maju bersama dalam kerjaya masing-masing.



Bagi wanita yang mempunyai kepakaran, mereka perlu memberi sokongan kepada golongan wanita lain dalam membantu mereka mencapai impian masing-masing.



Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, berkata demikian dalam satu sesi dialog yang dianjurkan Berita Harian, Selasa lalu.



"Kita juga perlu terus menyediakan peluang dan sokongan untuk masyarakat kita, serta memastikan bahawa ada perlindungan yang setara buat kaum lelaki dan wanita.



"Ini adalah penting kerana ia dapat menjalinkan rangkaian sokongan bagi golongan wanita yang berhasrat untuk memulakan perniagaan atau mengejar minat mereka sebagai kerjaya," katanya.



Dalam dialog bersama 12 wanita daripada pelbagai bidang itu, peserta telah diajak berbincang tentang pelbagai isu berkaitan kaum hawa.



Sesi dialog turut mengupas pendapat mereka tentang Kertas Putih Pembangunan Wanita.



Ia juga ketengahkan cabaran yang mereka atasi sebagai seorang wanita dalam menjalankan tugas baik dalam kerjaya masing-masing di samping memikul tanggungjawab lain sebagai ibu atau isteri.



"Golongan wanita adalah sebahagian daripada ekosistem yang lebih besar yang boleh membawa perubahan dalam masyarakat.



"Ramai antara mereka telah membuat keputusan untuk mengejar minat mereka, namun juga terdapat cabarannya sendiri.



"Oleh itu rangkaian sokongan untuk golongan wanita penting supaya mereka dapat memperkasakan antara satu sama lain dalam jangka masa yang panjang," tambah Cik Rahayu.



Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Ahmad Samdin, dan AP GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar, turut menyertai dialog tersebut.



Cik Mariam menyertainya secara dalam talian.



Peserta yang menyertai dialog itu antara lain meliputi guru piano, usahawan dan asatizah.



Mengulas lanjut tentang rangkaian sokongan itu, Cik Rahayu berkata ia penting supaya golongan wanita dapat berkongsi perspektif yang berbeza tentang pengalaman mereka.



Ini juga ditekankan oleh Cik Nadia.



"Kita harus menyokong antara satu sama lain serta kuatkan suara kita kerana ia mungkin dapat menjadi inspirasi kepada anak muda kita. Perwakilan wanita-wanita seperti ini adalah penting untuk mereka," ujarnya.



Cik Mariam pula berkata ramai daripada peserta telah berkongsi tentang pengorbanan yang mereka lakukan sebagai seorang wanita.



"Meskipun terdapat banyak pengorbanan, ramai antara mereka menyesuaikan diri untuk memastikan dapat terus mengejar minat mereka serta memainkan peranan mereka sebagai seorang ibu," katanya.



"Perbincangan seperti ini adalah penting supaya kami dapat terus berbincang tentang bagaimana kita dapat membangunkan wanita dalam masyarakat pada masa akan datang," tambahnya



Seorang peserta, Cik Khaliesah Mohd Isa, pemilik Pusat Little Imtiyaz, berkata sesi dialog itu banyak memberinya peluang untuk belajar daripada mereka yang lebih berpengalaman.



"Sesi ini dapat memberikan kami pemikiran dari sudut yang baru apabila mendengar pengalaman dari industri perniagaan yang berbeza.



"Secara jujur, dalam perbincangan tentang kertas putih ini, saya lebih bersemangat melihat sokongan yang diberikan pemerintah untuk wanita dalam bidang perniagaan," katanya.



Cik Nurhilwah Ibrahim-Brown, pemilik Hilwah Maid Agency, pula berkata beliau berasa lebih lega kerana bukan berasa keseorangan menempuh cabaran mengendali perniagaan.



"Bekerja dalam industri perkhidmatan, saya mempunyai keprihatinan saya tersendiri. Berpeluang menemui karyawan-karyawan lain, saya dapat tahu saya bukan keseorangan dalam menghadapi isu-isu ini.



"Perkongsian ini membolehkan saya mendapatkan ilmu serta pengetahuan mendalam mengenai syarikat dalam industri berbeza," katanya.




“Golongan wanita adalah sebahagian daripada ekosistem yang lebih besar yang boleh membawa perubahan dalam masyarakat...Oleh itu rangkaian sokongan untuk golongan wanita penting supaya mereka dapat memperkasakan antara satu sama lain dalam jangka masa panjang.”
– Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam




PESERTA DIALOG BH



  • Guru piano, Cik Saedah Samad-Alkaff

  • Pemilik Lynn's Cakes, Cik Azlina Saijan

  • Pemilik Hilwah Maid Agency, Cik Nurhilwah Ibrahim-Brown

  • Pengasas Marni's Bridal Silhouette, Cik Sumarni Omar

  • Guru yoga, Cik Haryati Mahmood

  • Pemilik studio Nadra-Louise, Cik Irelinda Sebena

  • Pemilik prasekolah Brainy Bunch, Cik Murni Abdul Hamid

  • Pemilik kedai buku, Cik Noor Farizan Md Ali

  • Pensyarah bebas A-Quran, Ustazah Norlin Mohamed Noor

  • Pengasas Quinn Li 916 Gold, Cik Nurzulaykha Mohamad Noor

  • Pengarah Eksekutif The Norbaidins consultancy Pte Ltd, Cik Nordiana Norbaidin

  • Pemilik Pusat Little Imtiyaz, Cik Khaliesah Mohd Isa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >