Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kongsi kisah anda dan turut serta dalam acara NDP2019

Jun 15, 2019 | 05:27 PM



WARGA Singapura berpeluang menjadi sebahagian daripada acara Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2019 dengan memuatnaik gambar, ucapan, atau kisah mereka di akaun media sosial peribadi. 


Ini boleh dilakukan menggunakan hashtag #NDP2019 serta dengan tag akaun NDP rasmi di Facebook (www.facebook.com/NDPeeps) dan Instagram (@NDPeeps), menurut kenyataan yang dikeluarkan Mindef hari ini. 


Orang ramai juga boleh melungsuri akaun media sosial NDP melalui Facebook, Instagram dan YouTube untuk maklumat lanjut. 


Menurut kenyataan itu lagi, segmen  Perbarisan dan Upacara (P&C) tahun ini meraikan warga Singapura sebagai bahagian penting dalam identiti dan kisah Singapura. 


Diberi tajuk Our People, segmen tersebut akan menggabungkan seramai 2,600 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat dalam perbarisan tradisional itu. 


Perbarisan tersebut juga akan memaparkan kehendak dan komitmen orang ramai dalam mempertahankan dan melindungi negara, langsung mengukuhkan lagi kejayaan dan progres Singapura. 


Selain itu, warga Singapura juga boleh menjangkakan elemen sambutan NDP tradisional lain seperti acara bedilan hormat 21 das dari bot tentera di kawasan perairan Taman Merlion, Feu De Joie serta bendera Singapura yang akan diterbangkan helikopter Chinook RSAD dikawal dua helikopter AH-64D Apache. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >