Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kongsi maklumat banduan dengan banduan lain: Bekas pegawai penjara kedua dijel 7 minggu

Sep 10, 2022 | 05:30 AM



MENGHARAPKAN seorang banduan tidak akan menimbulkan masalah buatnya di tempat kerja, seorang pegawai penjara berkongsi maklumat sulit, termasuk nombor telefon temanita seorang banduan lain, dengan lelaki itu.



Muhammad Zul Helmy Abdul Latip, 33 tahun, juga memberitahu banduan, Abdul Karim Mohamed Kuppai Khan, usia seorang banduan daripada kumpulan kongsi gelap lain.



Karim, 36 tahun, adalah ketua sebuah kumpulan kongsi gelap.



Zul, yang tidak lagi berkhidmat sebagai pegawai penjara, mendapatkan maklumat itu daripada sistem komputer Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) yang dikenali sebagai Sistem Pemulihan dan Operasi Penjara II (Ports II).



Dia dijatuhi hukuman penjara tujuh minggu semalam lepas mengaku bersalah terhadap dua tuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer.



Zul bekas pegawai penjara kedua dipenjara baru-baru ini kerana berkongsi maklumat tentang banduan lain dengan Karim.



Pada 24 Ogos, seorang bekas rakan sekerjanya, Muhammad Fattahullah Mohd Nordin, 38 tahun, dipenjara 10 minggu lepas dia mengaku bersalah terhadap dua tuduhan di bawah akta sama.



Kes melibatkan Karim, yang juga dikenali dengan gelaran Dio dan ketika itu sedang menjalani hukuman penjara 15 tahun bagi kesalahan berkaitan dadah, masih menanti perbicaraan.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Encik Kelvin Chong, berkata sel penjara Dio diperiksa pada 30 Oktober 2020.



"Antara lain, nota tulisan tangan tangan dengan dua alamat dan dua nombor telefon, termasuk nombor telefon (wanita itu) ditemui. Ini akhirnya membawa kepada kesalahan itu diketahui," ujarnya.



Zul diwakili peguam Encik Mohamed Arshad dan Encik Patrick Fernandez.



Dalam rayuan mitigasi mereka, , pasangan peguam daripada firma Fernandez LLC itu meminta agar anak guam mereka dipenjara tiga minggu dan didenda $5,000.



Zul Helmy penuh sesal dan untuk menunjukkan rasa sesalnya, dia memilih mengaku bersalah, kata mereka.



Dalam kenyataannya, SPS berkata mereka memulakan siasatan dalaman terhadap kes melibatkan Zul dan Fattahullah itu pada November 2020.



"SPS juga telah menggantung mereka daripada perkhidmatan sementara menanti hasil siasatan," ujarnya.



Kedua-dua mereka kemudian meletak jawatan, ujar SPS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >