Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kongsi nostalgia persiapan, sambutan raya

May 25, 2019 | 05:30 AM



PEMBACA akhbar ini dan pengikutnya di media sosial boleh menyertai kempen media sosial Berita Harian menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bermula hari ini.



Menggunakan 'hashtag' #betulbetulraya dan #beritahariansg, kempen kali ini mengundang pembaca berkongsi gambar dan kenangan indah membuat persiapan menjelang Aidilfitri serta menyambut Lebaran bersama masyarakat, jiran, teman, keluarga dan orang tercinta.



Mungkin anda pernah berkunjung ke rumah saudara-mara ketika Singapura dilanda banjir dahulu, atau terpaksa mengejar ayam untuk disembelih pada malam Raya.



Atau mungkin anda akan menyambut Aidilfitri dengan kehadiran 'orang baru' dalam keluarga atau mempunyai ilham bagi hiasan lampu lap lip yang unik tahun ini.



Apa pun kenangan itu, pastinya ia cukup istimewa bagi anda dan Berita Harian mengundang anda berkongsinya.



Cara menyertai kempen ini mudah.



Anda hanya perlu memuat naik gambar kenangan menyambut Syawal atau membuat persiapan menjelang Aidilfitri di akaun Instagram atau Facebook anda menggunakan 'hashtag' #betulbetulraya dan #beritahariansg serta tuliskan kapsyen untuk menerangkan gambar itu.



Kempen ini berlangsung sehingga 9 Jun.



Di akhir kempen ini, empat gambar terbaik akan dipilih untuk memenangi hadiah menarik tajaan Audio House dan Ariston.



Keputusan penganjur muktamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >