Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBINCANGAN KUMPULAN FOKUS BH-LTA

Kongsi pandangan revolusi pengangkutan

Jan 20, 2019 | 05:30 AM



REVOLUSI landskap pengangkutan Singapura kian rancak dengan ramalan bahawa menjelang 90 peratus perjalanan waktu sibuk bakal dilakukan sama ada dengan berjalan, berbasikal atau cara lain cara tanpa menggunakan kereta peribadi.



Malah, visi yang ingin dicapai termasuk kesemua perjalanan tersebut akan mengambil masa 45 minit atau kurang untuk diselesaikan.



Wawasan itu dibentangkan baru-baru ini oleh panel penasihat Pelan Induk Pengangkutan Darat (LTMP) dalam sesi perbincangan kumpulan fokus baru-baru ini.



Sesi tersebut ialah yang keempat diadakan dan melibatkan sekitar 50 peserta yang membincangkan masa depan sistem pengangkutan darat Singapura.



Sekitar 7,000 orang, termasuk orang awam dan pihak berkepentingan dalam industri, telah memberikan pandangan menerusi sesi sedemikian anjuran Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



Kini, anda juga dapat berkongsi pandangan menerusi sesi perbincangan kumpulan fokus anjuran bersama oleh akhbar Berita Harian dan LTA.



Sesi itu akan diadakan pada Sabtu 26 Januari, bermula 9.30 pagi dan berakhir 11.30 pagi, di Auditorium Singapore Press Holdings (SPH), Toa Payoh North.



Orang ramai yang berminat boleh mendaftar menerusi pautan http://bit.ly/2ATUGaH.



Sesi perbincangan kumpulan fokus BH-LTA itu akan disertai Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan dan Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Beliau juga pengerusi Panel Penasihat Mobiliti Aktif (Amap).



Setiap peserta sesi BH-LTA akan menerima beg cenderahati yang mengandungi antara lain baucar NTUC Fairprice bernilai $20.



Sehubungan itu, antara isu yang ditimbulkan dalam sesi sebelum ini adalah mengimbangi perjalanan lebih pantas dengan keselesaan dan memastikan pengangkutan inklusif bagi setiap golongan pengguna.



Panel penasihat LTMP akan mempertimbang semua maklum balas bagi membentuk saranan yang akan diserahkan kepada pemerintah menjelang pertengahan bulan depan.



Saranan sejauh ini meliputi tiga tema utama.



Di bawah visi 20-minit kejiranan dan 45-minit bandar, panel tersebut membayangkan masa depan di mana 90 peratus perjalanan waktu sibuk dilakukan dengan berjalan, berbasikal atau menggunakan kaedah pengangkutan yang dikongsi.



Perjalanan pula tidak akan mengambil masa lebih daripada 45 minit.



Panel itu juga menggambarkan bahawa 90 peratus penduduk boleh sampai ke pusat kejiranan terdekat menerusi cara tersebut dalam masa 20 minit atau kurang.



Ini memerlukan langkah seperti lebih banyak lorong bas dan berbasikal dan peluasan rangkaian rel.



Tema kedua pula berteraskan usaha membangunkan sistem pengangkutan inklusif yang disokong budaya pengangkutan berbudi bahasa lagi penyayang.



Ketiga pula mengenai perjalanan lebih selamat dan sihat - bukan sahaja daripada segi kesihatan peribadi, malah kesan terhadap sekitaran.




SESI BINCANG PELAN INDUK PENGANGKUTAN DARAT 2040



Tarikh: Sabtu 26 Januari 2019



Masa: 10 pagi - 12 tengah hari



Pendaftaran mula 9.30 pagi



Tempat: Auditorium SPH News Centre, 1000 Toa Payoh North



Daftar menerusi:  http://bit.ly/2ATUGaH atau imbas Kod QR di bawah



Anjuran: Berita Harian dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA)



Sesi perbincangan kumpulan fokus BH-LTA itu akan disertai Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan dan Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Setiap peserta akan menerima beg cenderahati BH, termasuk baucar NTUC Fairprice bernilai $20.



Pertanyaan lanjut boleh diajukan dengan menghubungi talian 6319-5038.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >