Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Konsert amal ChildAid kumpul lebih $2 juta

Dec 10, 2021 | 12:43 AM



ANAK seni sekecil lapan tahun menarik perhatian ramai dan menyentuh perasaan sesiapa yang memandang di konsert amal kanak-kanak, ChildAid, pada Khamis (9 Disember) yang berjaya mengumpulkan sekitar $2,008,711, pada penghujung acara.



Konsert yang masuk tahun ke-17 ini diadakan di dewan acara Resorts World Sentosa.



Acara tahunan ini merupakan anjuran bersama akhbar The Straits Times dan The Business Times yang bertujuan mengumpulkan dana bagi Dana Wang Saku Sekolah ST (STSPMF), yang menyediakan bantuan kewangan buat kanak-kanak memerlukan daripada keluarga berpendapatan rendah serta Dana Seniman Muda BT, yang membantu belia berbakat seni daripada isi rumah kurang berkemampuan.



Tetamu terhormat, Presiden Halimah Yacob, dan suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, menyertai hampir 500 orang yang hadir secara langsung di acara buat golongan lengkap divaksin pada petang Khamis.



Pengerusi SPH Media Trust, Encik Khaw Boon Wan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Encik Patrick Daniel, adalah antara penonton acara ini.



Konsert ini distrim secara langsung di Facebook dan YouTube serta di laman ST dan BT.



Pengerusi STSPMF, Encik Warren Fernandez, yang juga Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris, Melayu dan Tamil, SPH Media, serta Editor ST, berkata: "ChildAid terus menjadi paparan bakat anak muda dan keihsanan mereka terhadap orang lain. Sepanjang tahun demi tahun, acara ini telah menjadi acara yang ramai orang nantikan."



Seramai 31 anak seni berusia antara lapan dengan 19 tahun membuat persembahan tahun ini. Jumlah ini adalah sedikit daripada jumlah yang biasanya menyertai ChildAid sebelum pandemik yang boleh mencecah sehingga 200 orang.



Tema konsert adalah "Virtuoso" (seseorang berkemahiran tinggi dalam seni).



Penaja utama konsert tahun ini adalah United Overseas Bank dan Mini Environment Service, manakala penaja platinum adalah Citibank dan Tote Board.



Resorts World Sentosa adalah rakan kerjasama lokasi konsert manakala rakan kerjasama kreatif konsert ini adalah Orangedot Productions, bersama Global Cultural Alliance sebagai penerbit eksekutif.



Stesen radio rasmi adalah Money 89.3, OneFM91.3 dan Kiss92. Rakan kerjasama berbilang media adalah Noontalk, rakan penstriman adalah Meta manakala ruang latihan kerjasama adalah 10Square.



Sumbangan kepada ChildAid boleh dibuat menerusi pautan str.sg/donateCA21 hingga Jumaat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >