Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:27
Maghrib
7:14
Isyak
8:24

Konsert Hari Kebangsaan SSO tampil bakat muda setempat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Konsert Hari Kebangsaan SSO tampil bakat muda setempat

Aug 28, 2021 | 05:30 AM

PEMUZIK berbakat besar Singapura, Syafiqah 'Adha Sallehin adalah antara pemuzik yang akan diketengahkan dalam Konsert Hari Kebangsaan Orkestra Simfoni Singapura (SS0), yang persembahan perdananya berlangsung esok secara maya pada 3 petang.

Cik Syafiqah, yang dikenali sebagai pemain akordion dan beberapa alat muzik lain, akan membawakan gubahan yang berjudul Dengan Yang Semangat Baru.

Menurut SSO, sempena konsert bagi meraikan ulangtahun Singapura ke-56, lagu-lagu klasik dan gubahan baru daripada seniman-seniman muda akan diketengahkan.

Syafiqah, penerima Anugerah Jauhari Inspirasi Berita Harian 2018, sebelum ini menyertai Orkestra Melayu Singapura pada hujung 2006.

Cik Syafiqah merupakan anak Melayu Singapura pertama yang merupakan graduan Konservatori Muzik Yong Siew Toh (YSTCM) di Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam jurusan Komposisi Muzik.

Selain Dengan Semangat Yang Baru, turut diketengahkan ialah Luciola Singapura oleh Koh Cheng Jin. SSO juga akan mempersembahkan gubahan popular karya Dick Lee seperti Home dan dua lagu Hari Kebangsaan dan lagu-lagu rangkaian popular.

Konsert boleh ditonton secara maya sehingga 28 September. Tiket untuk menonton boleh didapatkan di Sistic.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3