Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Konsert maya Dana Masyarakat jaya kumpul $2.7j

Jan 10, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK $2.7 juta berjaya dikumpulkan Dana Masyarakat menerusi konsert maya pertamanya semalam.



Malam 'Comchest One Heart, One People 2021' itu bertujuan mengumpul dana bagi membantu lebih daripada 80 agensi perkhidmatan sosial yang bekerja dengan golongan seperti kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas, belia bermasalah, orang kurang upaya, mereka yang mempunyai kondisi kesihatan mental, warga emas dan keluarga yang kurang berdaya.



Jumlah yang telah dikumpulkan itu lebih daripada dua kali ganda berbanding jumlah yang diraih konsert amal pada 2019, di mana lebih dari $1.1 juta diraih.



Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, yang berucap sebagai tetamu terhormat pada acara itu, berkata:



“Perpaduan yang sangat kuat dapat dilihat dengan cara rakyat telah bertindak kepada wabak ini. Ia telah melibatkan lebih ramai golongan masyarakat, lebih banyak sokongan derma, lebih banyak sifat kesedaran dan juga kreativiti dalam cara kita menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.”



Buat pertama kali juga, Dana Masyarakat telah melancarkan satu inisiatif pengumpulan dana secara digital 'Heart as One', untuk menyokong konsert amal itu.



Inisiatif yang berlangsung selama 14 minggu itu melibatkan 19 pempengaruh, cef dan juga selebriti mengumpul dana melalui sesi 'live streaming'.



Sesi-sesi itu telah berjaya mengumpulkan lebih daripada $90,000 dan telah mendapat hampir 120,000 tontonan di Facebook.



Turut hadir dalam acara itu ialah Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Encik Masagos Zulkifli, dan Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial, Encik Desmond Lee, di mana mereka telah menerima tanda penghargaan yang dibuat oleh pengguna perkhidmatan dari Sekolah Metta dan MINDS.



Konsert secara maya itu mengetengahkan persembahan artis-artis seperti Wen Zhang, Sebastian Tan dan Rahimah Rahim, dan juga sukarelawan dari Kelab Aktiviti Kebudayaan Universiti Teknologi Nanyang dan pengguna perkhidmatan dari Pusat Aktiviti Warga Emas Lions Befrienders Ang Mo Kio.



Warga emas dari Lions Befrienders telah menyajikan persembahan genderang yang penuh semangat yang dinamakan 'Jubilant Heartbeats'.




"Perpaduan yang sangat kuat dapat dilihat dengan cara rakyat telah bertindak kepada wabak ini. Ia telah melibatkan lebih ramai golongan masyarakat, lebih banyak sokongan derma, lebih banyak sifat kesedaran dan juga kreativiti dalam cara kita menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.”
- Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >