Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Konsert muzikal, kegiatan menarik diadakan di OTH sempena Hari Kebangsaan

Jul 27, 2022 | 05:30 AM



SIARAN langsung Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) dan konsert 'Nyanyi Lagi Lagu Singapura' yang menampilkan artis selebriti seperti Najip Ali serta penyanyi-penulis lagu Dick Lee, akan diadakan di Our Tampines Hub (OTH) sedang Singapura meraikan ulang tahunnya yang ke-57.



Dari 6 hingga 9 Ogos akan datang, mereka yang mengunjungi OTH dapat menikmati kegiatan yang menyeronokkan seperti menonton persembahan kebudayaan dan konsert muzikal, melakukan kegiatan keluarga seperti bengkel seni dan kraf, menyaksikan persembahan pentas, mengunjungi reruai karnival dan melihat tayangan filem percuma.



"Keluarga memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dan OTH sedang mendekati keluarga dan pengunjung Hub menerusi barisan kegiatan yang seronok, pendekatan masyarakat dan program yang akan bantu membina masyarakat yang ambil berat di Tampines," kata OTH dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.



Bertemakan 'Semakin Kita Bersama' atau 'The More We Get Together', perayaan Hari Kebangsaan di OTH selama empat hari itu antaranya akan menampilkan permainan simulasi Formula 1, permainan taktikal seperti Archery Tag, Laser Tag, serta senaman maraton tarian selama tiga jam.



Pada 7 Ogos, konsert 'Nyanyi Lagi Lagu Singapura' (Sing Again the Songs of Singapore), akan diadakan di Festive Arts Theatre pada 7.30 malam. Konsert yang dihos Najip Ali akan menampilkan persembahan oleh Dick Lee, Dawn Wong, Shabir, Miss Lou dan Izat Ibrahim.



Pada 9 Ogos pula, konsert 'Semakin Kita Bersama' atau 'The More We Get Together', akan bermula pada 4 petang di Town Square, menampilkan persembahan oleh lagenda rock tempatan, Moliano In Rock, artis rap, Yung Raja, serta kumpulan pop, The Fast Colours dan The Freshman.



Tayangan NDP secara langsung pula akan diadakan di Town Square, Festive Plaza dan Central Plaza, mulai 5.30 petang.



Orang ramai boleh mendapatkan tiket percuma kepada konsert 'Semakin Kita Bersama' pada 9 Ogos serta tayangan NDP secara langsung di Town Square dari kaunter perkhidmatan pelanggan yang terletak di tingkat satu OTH mulai 31 Julai ini selagi stok masih ada.



Maklumat lanjut boleh didapati di Facebook Our Tampines Hub.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >