Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Konsert rok buka tirai 2021 dengan lebih bersemangat

Rock 21 konsert Melayu pertama dalam fasa ketiga pembukaan semula sedang Covid-19 reda
Jan 03, 2021 | 05:30 AM



TIDAK mengapa jika Dewan Konsert Esplanade yang biasanya dapat menampung sekitar 1,800 orang hanya terisi dengan had 250 penonton dalam norma baru dek pandemik Covid-19.



Pembukaan tirai Tahun Baru 2021 kelmarin tetap terasa lebih bersemangat apabila pencinta muzik Melayu Singapura yang sudah lama menantikan gegaran konsert live dapat berhimpun bagi konsert rok Rock 21.



Konsert terbitan ikon hiburan Najip Ali itu menampilkan dua legenda - Hanafie Warren dan Yazid Abu Bakar - serta roker generasi pelapis, Iskandar Ismail (Eiss).



Di bawah arahan muzik seorang lagi ikon, Addy Cradle, Rock 21 merupakan konsert Melayu pertama dalam fasa ketiga pembukaan semula ekonomi dan masyarakat Singapura yang dijangka membuka jalan bagi lebih banyak sajian hiburan.



Sepanjang tahun lalu, pelbagai acara seni terhenti demi menjaga jarak selamat bagi mencegah penularan Covid-19.



Kelmarin penonton, yang dibahagikan kepada lima zon, kelihatan terpaku menghimbau kenangan silam membesar dengan lagu-lagu rok nostalgik seperti Masih Ada Rindu, Penyesalan dan Sambutlah Kasih.



Kemeriahan Rock 21 lebih terasa apabila Najip dan gandingan serasinya di pentas, Era Farida, yang lebih dikenali dengan panggilan Cik Sal Boleh (watak dalam rancangan sembang Kopi O Teh Tarik), muncul sebagai pengacara kaki giat.



Mereka spontan membalas lontaran komen beberapa penonton yang selamba mengusik sedang konsert berlangsung - sesuatu yang lumrah dalam konsert Melayu yang meriah dengan penonton turut enter frame, atau join the party.



"Cuma ada 250 orang tapi terasa macam 2,500 orang dalam dewan ini!" ujar Najip.



Eiss, 42 tahun, memulakan persembahan dengan lagu Rusty Blade, Ikrar Perwira, yang beliau sifatkan sebagai irama pembakar semangat menyambut Tahun Baru dengan azam tidak mudah putus asa.



Lagunya sendiri, Adakah Mungkin, yang mempunyai sentuhan balada rok, menyusuli mewujudkan suasana rok romantis "dalam hati ada taman".



Beliau turut berduet dengan legenda pujaannya, Hanafie, dalam lagu 1960-an A. Romzi & The Hooks, Dendang Remaja.



Bersama Yazid, lagu Black Dog Bone, Zai, berkumandang, membahangkan lagi pentas.



Hanafie, 66 tahun, memukau dengan Riwayatku, Masih Ada Rindu, Penyesalan dan Terperangkap Dalam Sinaran.



Sentuhan 'blues' yang dianggap nadi muzik rok yang tidak pernah mati terasa apabila Yazid, 58 tahun, mengambil alih pentas dengan lagu Ingatlah, Halusinasi, Panggung Cengeng dan Sambutlah Kasih.



Sebagai penutup acara, mereka bertiga tampil membawa lagu malar segar Sweet Charity, Musibah, Sejuta Wajah dan Penunggu.



Kata penonton, Cik Zai Wahid, 55 tahun: "Saya datang beri sokongan buat artis Singapura - abang legenda Hanafie dan Yazid serta Eiss yang milki vokal bertenaga.



"Bersemangat selepas lama tidak tonton konsert kerana Covid-19. Najip dan Cik Sal pun buat tak kering gusi. Terhibur 'tangkap' nostalgia."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >