Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Konsesi levi pembantu rumah asing dilanjutkan kepada keluarga luas dari 1 September

Aug 31, 2019 | 06:30 PM



 





 MAJIKAN yang mendapatkan khidmat pembantu rumah asing untuk menjaga ahli keluarga luas atau rakan yang tinggal bersama mereka boleh menikmati konsesi bagi levi bermula Ahad (1 September).



Pengumuman itu dibuat oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan pada Sabtu (31 Ogos).



MOM berkata ia telah menyemak kriteria kelayakan bagi levi konsesi pembantu rumah asing ‘supaya memberi sokongan jagaan melebih keluarga terdekat’.



Buat masa ini, konsesi bagi levi itu hanya diberikan kepada majikan yang mendapatkan khidmat pembantu rumah asing untuk menjaga ahli keluarga dekat yang tinggal serumah.



 MOM berkata perubahan itu boleh dimanfaatkan sekitar 1,000 majikan pada masa ini.



“Jagaan kesihatan di Singapura telah berubah mengikut masa. Melebihi menjaga anggota keluarga dekat, MOM akur ada warga Singapura yang juga menjaga ahli keluarga luas atau rakan yang tinggal serumah,” kata kementerian itu.



“Perubahan ini akan memberikan sedikit sokongan dan bantuan kepada majikan pembantu rumah asing yang mempunyai urusan sedemikian.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >