Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CEKAL SEMANGAT, HARUNGI CABARAN

Konsistensi jadi pegangan murid Madrasah Wak Tanjong capai keputusan cemerlang

Antara kumpulan murid Wak Tanjong duduki PSLE selepas 'jurang' tiga tahun
Nov 26, 2020 | 05:30 AM



KEDUDUKAN nombor satu dalam kelas telah menjadi milik Nurin Iffah Salehuddin setiap tahun sejak darjah satu.



Meskipun menunjukkan prestasi cemerlang dalam kededua subjek akademik dan ukhrawi setiap tahun dan menyerlah sebagai salah seorang murid terbaik di Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah, Nurin tetap khuatir menantikan keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini.



Ini terutama sekali kerana beliau terdiri daripada kumpulan murid darjah enam pertama sekolah itu yang menduduki peperiksaan tersebut selepas 'jurang' tiga tahun sejak 2017.



Namun, tiada apa yang perlu dibimbangkan!



Berkat kerja keras dan ketekunan, Nurin berjaya mendapatkan keputusan cemerlang PSLE dengan agregat 254 - merangkumi tiga A dan satu A*.



Ini meskipun anak sulung dalam keluarga empat beradik itu tidak mempunyai sebarang tuisyen tambahan dan hanya bergantung kepada ketekunan dan disiplin dalam mengulangkaji pelajarannya.



Tambahan lagi, cabaran menjalani pembelajaran di rumah semasa tempoh pemutus litar (CB) turut menjadi salah satu cabaran yang perlu dihadapinya.



"Saya bersyukur dengan keputusan yang diperolehi kerana saya tahu saya telah bekerja keras terutama sekali dengan suasana pandemik ini.



"Ini menyukarkan lagi saya menghadiri kelas dan juga mengulangkaji pelajaran," ujarnya semasa dihubungi Berita Harian semalam.



Katanya, antara cabaran yang dihadapi dalam menjalani pembelajaran di rumah termasuk kemudahan WiFi yang ada kalanya terputus dan mengganggu kelas dalam talian.



Selain itu, Nurin juga perlu memainkan peranan sebagai kakak dalam melayan adik-adiknya dan juga membantu ibunya.



"Ada kalanya adik-adik saya akan memasuki bilik dan meminta sesuatu, dan saya perlu hentikan apa sahaja yang sedang saya lakukan," katanya yang mempunyai adik berusia lima, enam dan 10 tahun.



Ibunya, Cik Nur Hidayah Abd Aziz, 39 tahun, juga bekerja dari rumah dan berkata ada kalanya beliau perlukan bantuan anak sulungnya.



"Ada kala masa dia belajar, adik-adik lain bergaduh. Tapi saya pun bekerja di rumah dan ada kalanya saya perlukan bantuannya untuk membantu adik-adiknya," kata Cik Hidayah.



Menyentuh tentang keperibadian anak sulungnya itu, Cik Hidayah berkata Nurin adalah seorang yang suka mencabar diri sendiri untuk melakukan yang lebih baik.



"Nurin seorang yang tekun dan disiplin dan akan melakukan apa yang diperlukan tanpa disuruh.



"Ada kalanya bila saya dapat tahu daripada ibu bapa lain bahawa ada kerja rumah yang perlu diselesaikan, saya akan tanya Nurin dan dia memberitahu bahawa dia sudah menyelesaikannya semasa di sekolah," kata beliau.



Menurut Nurin, sokongan daripada guru-guru dan kata-kata motivasi yang disampaikan mendorongnya untuk terus bekerja keras dan tidak berputus asa.



Berkongsi 'rahsia' kecemerlangannya, Nurin menekankan pentingnya mengurus masa dengan baik.



"Jika jadual tidak diurus dengan baik, mungkin subjek tertentu tidak sempat diulangkaji.



"Setiap hari saya merancang apa yang perlu dilakukan dan cuba laksanakan semua perkara yang perlu dilakukan dengan baik," katanya yang meluangkan masa rehatnya menonton Youtube.



Seramai 58 murid dari Madrasah Wak Tanjong menduduki PSLE tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >