Konsortium teknologi kesihatan nasional dibentuk
Bantu mudahkan syarikat tukar hasil penyelidikan jadi produk, khidmat kesihatan
Jul 02, 2019 | 05:30 AM
SEBUAH Konsortium Teknologi Kesihatan (HealthTEC) kebangsaan akan ditubuhkan bagi membantu dan memudahkan syarikat menukarkan hasil penyelidikan menjadi produk dan perkhidmatan yang dapat meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan individu.
Ini diharap dapat mewujudkan huraian penjagaan kesihatan peribadi yang baru dihasilkan menggunakan sains dan teknologi terkini dari lembaga Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF).